PAGES

Monday, September 17, 2012

sampai bila fyda?

assalamualaikum..

manusia dan melakukan kesilapan itu tak pernah terpisah..
dah nama pun manusia yang tak pernah sempurna kan..mestilah ada buat silap..
tapi silap aku ni buat aku kutuk diri aku sendiri..

"bodoh la hang ni fyda!"

-ok,memang pun ---buat muka lapaq penampaq sat..

aku dah buat silap tu banyak kali,and the best part is,aku terus ulang dan ulang silap tu..
hurm..apa nak jadi entah la dgn aku ni..
memang tak kan ada sapa yang akan tahu apa silap aku tu..hanya aku dan Allah yang tahu..

serious wei,aku ni lemah!
macam lalang..tak teguh..dan most of the time aku mmg cepat terpengaruh..

kadang2 aku duduk sorang2,fikir pasal diri aku ni..
teruk!
ishhh..teruk sangat!

sekarang pelan2 aku cuba nak kumpul kekuatan diri..kalau selama ni aku banyak bergantungan pada orang lain,tapi kali ni,aku cuba berdiri atas kaki aku sendiri..berani buat keputusan..berani keraskan kepala..---sikit ja..

semoga aku dapat kekuatan tu sepenuhnya..dan yang paling penting,aku tak mau ulang kesilapn bodoh aku tu lagi...never ever ever ever..ceh..macam lagu taylor swift pulak dah kedengaran nya..huhu..

adiosss ...

Tuesday, September 11, 2012

Salam Takziah: Yasmin Hunwick

assalamualaikum..

selama aku dlm dunia blogging ni aku banyak dapat info pasal orang lain..tak kesah la orang tu artis ke,ahli politik ke or ahli nujum..
actually,apa yg nak aku kongsikan dengan korang suma adalah pasal seorang blogger yg telah kembali ke rahmatullah pada June lepas..
sangat sweet dan cantik orangnya..malah tersangatlah berbakat ..



bila aku dapat je link blog dia,aku terus go through satu persatu entry2 yang arwah post..entry yg latest di update oleh ibu arwah..that means,sekarang ni ibu arwah yg update kat blog arwah ni..

seriously,hati aku tiba2 jadi sayu semacam..
bila terbaca kisah arwah blogger YASMIN HUNWICK   atau nama sebenarnya YASMIN JOHAN yang menemui ajal pada usia 17 tahun akibat kemalangan..
beberapa minggu sebelum menemui ajalnya,arwah seolah2 tahu yg dia akan mengadap ilahi..

arwah upload gambar buku ni di istagram.."Beginikah Rasanya 7 malam pertama di alam kubur"

and arwah ada tweet mengenai mimpi buruk yg dialaminya di laman twitter.


arwah telah mengalami kemalangan ketika membuat pusingan 'U' di Padang Gaung Langkawi dan dirempuh oleh sebuah van pelancong.dua orang rakan arwah turut menemui ajal.Diorang naik motosikal 3 orang sekali gus..

Ajal maut tak kira usia..muda atau tua.kalau dah ditetapkan bila ajal kita,sesaat pun tak kan terlewat...dan kita sendiri tak akan tahu bila kita kan menemui ajal,cuma yang kita tahu,mati itu pasti ..sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..AL_FATIHAH...

*arwah Yasmin Hunwick adalah pemilik blog http://misschronicz.blogspot.com/..





Thursday, August 30, 2012

selamat hari lahir,mak~

assalamualaikum...


30th Ogos 1961
tarikh indah seorang insan yg dah bergelut melahirkan aku ke dunia ini..tarikh di mana dia juga buat pertama kalinya melihat dunia..

sekarang,hari ini dan saat ini,30th Ogos 2012..
usianya sudah mencecah 51 tahun..
masih gigih bekerja mencari rezeki buat anak2 tersayang disamping suami tercinta..
tak pernah kenal erti lelah,tak pernah kenal erti putus asa..semuanya utk anak2nya..

insan itu adalah ibuku sendiri..Shatariah Bt Din..insan yang paling dekat dihati aku selain abah..insan yg paling cepat menyentuh perasaan aku jika sesuatu berlaku padanya..insan yg paling layak utk aku sayangi dan cintai..

selamat hari lahir mak..
untuk saat ni,hanya Allah saja yg tahu betapa mak berharga dalam hidup anak mak ni..
insyaAllah,andai diizin Allah,esok anak mak ni akan balik ke penang,then kita sambut birthday mak..

semoga pada tahun2 mendatang,mak akan sentiasa dilimpahkan rezeki,diberkati oleh Allah SWT selalu..dan semoga keluarga kita sentiasa bersatu tak kira apa pun yg terjadi sbb FAMILY kita adalah satu2nya harta yg paling berharga yg kita punya..

-selamat hari lahir ibuku tersayang,i love you so much-


Tuesday, August 28, 2012

aku bersalah!

assalamualaikum..


saat ni rasa macam dihempap batu besar atas kepala..bengong sekejap!

masalah datang lagi..aku terperangkap atau aku yg cari nahas sendiri?
aduhai..berombak dada ni macam nak pecah saja..
aku dah buat salah..dan aku tahu,aku sebenarnya mangsa keadaan..tapi diri aku sendiri tak boleh terima apa pun alasan..aku tetap salah..aku bukan seorang yang baik!

mata nak pejam,tapi fikiran sarat dengan masalah..
atau aku saja yang buat teruk?
Ya Allah..kenapa lah aku jadi macam ni..
Sumpah!aku menyesal sangat..kalau la masa boleh diundur,aku janji,aku takkan ulang salah tu lagi..

macam-macam hal jadi..
kat sapa aku nak luah?sapa pun takkan faham..nak hentam aku lagi ada la..
nak menangis buat apa?bukan boleh selesai masalah..
jalan yg aku nampak hanya Allah..Doa..Seikhlas hati mohon kesalahan aku diampunkan..
sedih sangat,Allah saja yg tahu .. :'(



Wednesday, August 15, 2012

SALAM AIDILFITRI

assalamualaikum..



sempena aidil fitri yang bakal tiba lagi 2-3 hari je lagi ni,jari-jemari ni tiba2 rasa nak meninggalkan beberapa coretan buat pembaca belog fyda ni..tu pun kalau ada pembaca..hehe

alhamdulillah,Allah masih beri peluang utk fyda menemui ramadhan utk tahun ni..
even ramadhan kali ni,serba serbi amalan hanya dlm kadar sederhana..agak menyedihkan la jugak..huhu

esok,lepas zohor,insyaAllah fyda akan bertolak dari alor setar ke kampung halaman,penang..doa2kan keselamatan fyda dan kawan2 yer..moga2 selamat pergi dan selamat sampai..KDB pun dah siap polish..tunggu nak tunggang je..hehe..

di kesempatan ni,fyda dengan rasa rendah hati,memohon kemaafan dari semua yg mengenali fyda..andai ada terlanjur perkataan,terhiris perasaan,harap2 dimaafkan..mungkin dalam sedar atau tak,fyda ada buat salah ,harap sgt dimaafkan semuanya.manalah tahu tak sempat nak mintak maaf kan..

buat sesiapa yang rasa ada menyakitkan hati ni,jangan risau..seikhlasnya anda2 telah pun dimaafkan..

hurm..sayu pulak hati ni nak tinggalkan ramadhan..tahun depan entah dapat jumpa ramadhan lagi ke tak..

oklah..takat sini dulu..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN..

-CIK PELANGI-

Saturday, August 4, 2012

DEJAVU

assalamualaikum..

sejak terdengar lagu ni,terus fyda jadi minat..mungkin sebab lirik lagu ni berjaya menyentap hati fyda kot..

melodi yg mendayu2,dengan suara penyanyi dia lagi..memang terbaik..sesuai utk layan jiwa yg sedih2..kalau nak lebih feel,u all boleh la layan movie Aku,Kau & Dia kalau belum tengok la....
lagi berganda feelnya..hehe


Lirik Lagu Shila Amzah – Déjà Vu ( OST Aku, Kau & Dia )



Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta


Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
( Ulang chorus )
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta
Lagu : Sharon Paul
Lirik  : Imillya Irwani 

Thursday, July 12, 2012

my favourite quotes :)

assalamualaikum..
gambar2 kat bawah ni antara koleksi ayat2 power favourite fyda..
lihat,baca,fahamkan ... :)












Tuesday, July 3, 2012

bila orang tak hargai perasaan kita~

assalamualaikum wbt..

pernah tak u all rasa diri u all macam tak dihargai and langsung tak dipeduli..sedih kan?macam tu apa yg fyda rasa sekarang ni..

kadang-kadang tu kita bukanla nak orang hargai kita bagaikan puteri raja,tapi sekurang2nya hormat perasaan kita sebagai makhluk Allah yg sememangnya berjiwa tipis ..perempuan kan..tapi sayang,nobody will understand this feeling..they just ignore and take it as rubbish!

mungkin bagi sesiapa yg tak memahami akan anggap entry ni bernada cengeng..ya,memang fyda akui,fyda cepat terasa...tapi bagi sesiapa yg faham macam mana perasaan bila kita tak dipedulikan mesti dapat rasa perasaan tu..

hidup memang tak selalunya indah..walaupun kita harapkan perjalanan kita kat dunia ni aman je tanpa perlu rasa sedih,tapi tu sebenarnya hanya impian yg mustahil..setiap manusia,adam atau hawa akan merasai perasaan sedih yang adakalanya mengundang air mata..

saat kita harapkan seseorang disisi kita untuk mendengar luahan hati,seorang pun tak sudi menghampiri..kadangkala perasaan yang mudah benar tersentuh ni merimaskan..kan bagus hati ni jadi keras bak batu..so that,apa saja perlakuan menghiris perasaan kita,kita tak rasa pedih..tapi kalau hati dah keras bak batu,susah pulak nanti..no heart feeling at all..tak best jugak kan..

oh hati..berapa lama lagi harus ada rasa sedih ni..cepat2 la kau pergi... :'(