PAGES

Sunday, March 18, 2012

masih perlu~

salam..

bila dengar je lagu masih perlu ni terus jadi minat..mungkin sebab lirik dia yang kebetulan kena dengan hati dan perasaan fyda kot..huhu.sebenarnya lagu ni sesuai sangat untuk u all yang baru putus cinta or ditinggalkan bf/gf..layan je lah..kat bawah ni video yang fyda edit,masih perlu by tasha manshahar with lyric..
video

p/s: rindu.

Saturday, March 17, 2012

sunyinya rumah! :'(

salam..

esok fyda dah nak kena balik alor setar.
sepanjang cuti seminggu ni ,duduk rumah je la..
malas betol nak kuar pegi mana2.
lagi2  pulak ada si kecik darwisy..

tapi yang sedihnya,hari ni,kakak fyda dah balik rumah mak mertua dia..yelah,dah habis berpantang..
sunyi pulak rasa rumah ni bila tak de lagi suara rengekan Darwisy.rasa macam kosong je rumah.
kalau tak bangun je dari tido mesti cari Darwisy nak peluk cium dia..
sedih la pulak..


terngiang2 suara Darwisy menangis,terbayang2 wajah comel dia yang dah pandai senyum tu..
rindu..rindu..rindu..

bila pulak dapat jumpa Darwisy pun tak tahu la..
tinggal gambar dengan video la pengubat rindu..
ha,satu lagi baju darwisy yang kakak fyda sengaja tinggal.

darwisy2,esok pagi2 makcik mesti rasa sayu sebab tak dapat nak dukung Darwisy macam selalu..

mood: sedih... :'(

Thursday, March 15, 2012

3 Wajah-pandang saja dapat pahala~

salam..

Allah SWT terlalu mengasihi hambaNya.Sehinggakan Allah permudahkan segala urusan kita,permudahkan kita untuk dapat pahala..senang citer,ada beberapa perkara tu,free je kita dapat pahala.sebagai contoh,kita baru berniat untuk berbuat kebaikan,belum buat pun kebaikan tu,tapi kita dah dapat pahala sebab kita ada niat nak buat kebaikan.

3 wajah,kita pandang saja dapat pahala.



Pertama Wajah Ibu
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)


Kedua : Al-Quran

Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati


Ketiga ; Memandang Kaabah

Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kononnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaAllah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.
Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.


basikal fixie yang makin digilai remaja

assalamualaikum buat pembaca belog pelangi fyda..
terima kasih sebab masih merajinkan jari jemari anda untuk singgah kat belog fyda ni..

basikal fixie?
mesti u all dah dapat bayangkan macam mana rupa bentuk basikal ni kan?


okay..bagi yang baru nak kenal dengan basikal fixie ni,jom kita baca 10 fakta menarik tentang basikal ni.
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.


bila dah tengok budak-budak zaman sekarang ni naik fixie,tiba-tiba rasa teringin pulak nak try naik fixie..
ade sesape yang baik hati nak bagi pinjam fixie ni kat fyda tak?sehari pon jadi lah..hehe..berangan je lebih ..

basikal tua yang tetap awek muda..hehe
*tips bagi adik2 yang tak cukup duit lagi nak beli fixie ni.. 
basikal tua kat atas ni kalau ubahsuai jadi fixie pun boleh kan??tukar tayar fixie,pastu spray bagi colorful sket.jadila fixie kan?haha :)

Sunday, March 11, 2012

susah ingat jalan~

salam..

setiap manusia yang bernyawa di atas muka bumi Allah ni mesti ada kelemahan kan?cuma kelemahan tu ketara dan tak ketara je kan?
U all semua mesti dah boleh agak apa yang nak fyda taip untuk entry kali ni..
pasal kelemahan ketara fyda..
kelemahan yang sentiasa bermain di ruang legar otak ni..haha..,memang tak boleh blah kan?

pada yang dah kenal fyda ni,mesti dah tau kelemahan fyda yang satu ni..
kelemahan yang tak dapat dinafikan lagi!
kalua u all nak tahu fyda ni tersangatlah pelupa!
pelupa apa?
fyda ni memang lemah dalam mengingati jalan..tak kesah la jalan kat mana pon..
u all bayangkan la,dah nak masuk 2tahun fyda kat alor star ni,tapi jalan2 kat alor star ni still tak boleh nak ingat..
penah satu hari tu, dgn confident ,fyda sesuka hati je pegi CITY PLAZA sorang2..malam pulak tu..
buat ape?mase tu fyda nak ambil gambar untuk buat lesen.

mase nak balik tu,boleh pulak tak ingat jalan..masuk jalan ni,keluar jalan tu..pi mai2 tang tu jugak..apa lagi..gelabah biawak la..pusing punya pusing,alhamdulillah..jumpa jugak jalan nak balik..naseb baik ade sign board,kalau tak,tak tau la ape jadi kat fyda..
sebenarnya tu la akibatnya bila tak alert dengan jalan2 kat alor star ni..padan muka kan??hehe

since kejadian tu,fyda dah tak berani keluar sorang2 dah..takot sesat lagi..
kadang2 terfikir gak..otak ni tak berjalan ke atau fyda yang memang lembab bak nak ingat jalan2 ni..
umur dah 20,tapi still susah nak menghafal jalan..adoyai..
lepas ni mata kena meliar sikit tengok jalan,pastu hafal..tak la jadi blurr dah pas ni..
actually jalan kat penang ni pun cek belum hafal..haha..memalukan betul..
so,pada sape2 yang berniat nak jadikan fyda ni "tour guide" sila lupakan niat anda sebelum anda pun tersesat sama..hehe..oklah..thanks for reading this :)

Friday, March 9, 2012

monolog hati ~tentang perasaanku...


SALAM..
Entry kali ni lebih kepada monolog fyda dengan diri sendiri..
Sejak akhir-akhir ni,hati cepat betol terasa..ish..kekadang rasa rimas pulak dengan perasaan sensitive yang melampau ni..

Bila dah asyik terasa,semuanya terpendam dalam hati je.tak tahu nak luah kat sape..
Kadang-kadang bila kita buat salah.kita tak sedar..dalam percakapan,dalam gurauan yang kita anggap biasa,tapi bagi orang lain luar biasa..
Dan mungkin mengurang “bercakap” itu lebih baik..

Manusia takde yang sempurna,termaksuk fyda.Sape yang mampu nak puaskan hati semua orang..sape yang mampu nak jadi sempurna di mata orang lain..

Salah ke kalau kita jadi sendiri.
Mungkin tu lebih baik dari jadi manusia hipokrit..
Manusia mana yang tak pernah ada ego?
Mesti ada kan even sikit..

Ego tu kadang-kadang perlu ada,kadang-kadang perlu di abaikan untuk kebaikan.Tapi orang kata ego tu memusnahkan.betul kan kata orang?
Tak rugi pun kalau ketepikan ego..kalau untuk kebaikan..jika rasa diri tu selalu betul tak pernah buat salah,ingat la sama,kita ni manusia biasa je.tak salah di mata kita,tapi mata orang lain..
-SALAM-