PAGES

Thursday, March 15, 2012

basikal fixie yang makin digilai remaja

assalamualaikum buat pembaca belog pelangi fyda..
terima kasih sebab masih merajinkan jari jemari anda untuk singgah kat belog fyda ni..

basikal fixie?
mesti u all dah dapat bayangkan macam mana rupa bentuk basikal ni kan?


okay..bagi yang baru nak kenal dengan basikal fixie ni,jom kita baca 10 fakta menarik tentang basikal ni.
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.


bila dah tengok budak-budak zaman sekarang ni naik fixie,tiba-tiba rasa teringin pulak nak try naik fixie..
ade sesape yang baik hati nak bagi pinjam fixie ni kat fyda tak?sehari pon jadi lah..hehe..berangan je lebih ..

basikal tua yang tetap awek muda..hehe
*tips bagi adik2 yang tak cukup duit lagi nak beli fixie ni.. 
basikal tua kat atas ni kalau ubahsuai jadi fixie pun boleh kan??tukar tayar fixie,pastu spray bagi colorful sket.jadila fixie kan?haha :)

3 comments:

  1. ramai bdk2 skrg dh guna fixie ni..
    mana2 je ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2..kat mana2 je ade fixie ni.. :)

      Delete
  2. sy dah ade basikal (xietua).....basikal tua d jadikan fixie...hebat jgk rsnya...hihihih...

    ReplyDelete