PAGES

Wednesday, July 27, 2011

DERA SAMPAI MATI,BAYAR RM 400 JER???


Salam..
Macam biasa lah  kalau 1 hari fyda  xbukak metro online rasa macam tak lengkap jer..
So,ada berita yang nak fyda kongsikan dgn u all..
Bila terbaca jer berita  ni tiba2 rasa marah meluap2..
Mana nya tak marah,ade je berita pasal kes dera kucing sampai mati..
Tapi yang buat fyda tak berapa puas hati,dera kucing sampai mati dendanya  RM 400 jer!

PETIKAN DARI HARIAN METRO
Chow Xiao Wei dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Nik Mohd Fadli juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Chow menjelaskan dendanya.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti dua kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Chow juga didakwa melakukan perbuatan tidak wajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.



Tak de hati perut langsung kan?Ape la dosa anak kucing tu..Apsal bangang sangat eh buat camtu kat binatang.Tindakan undang2 perlu lebih berat la fyda rasa..Baru la pendera2 binatng ni tak berani nak buat binatang sesuke hati..Takat denda RM400 jer,macam tak de kesan kan..
Actually entri ni ade lebih kurang sama jugak dgn entri APA DOSA SI COMEL NI???..
ade video rabbit di dera sampai mati..sadis sgt2..

thanks 4 reading this..adiosss...

kisah pemungut tin dan erti SYUKUR...


Salam..
Tiba2 jer rasa terpanggil nak buat entry ni..tadi mase fyda balik dari kolej,ade la ternampak 3 orang insan yang sedang leka memunggah sampah dalam tong sampah  jiran2 kami.. 
2orang perempuan,sorang lelaki...

nampak gaya macam warganegara Indonesia..

Masa masuk simpang nak balik umah tu patutla hidung yg kemek ni terhidu bau yang kurang menyenangkan,rupa2nya  ada 2 -3 tong sampah sedang di geledah..

Sempat jugak la fyda mengukir senyuman ni kat salah seorang dari diorang tu....

Tapi kan,terlintas dalam fikiran fyda ni,macam mana la diorang tu sanggup buat kerja2 yang macam tu.
yela,tak semua orang sanggup nak geledah tong sampah semata2 nak kutip tin2 ,botol2 kosong n barang2  lain yg boleh dikitar semula..

Kesian kot  tengok diorang..tapi hanya mampu kesian je lah..

Fyda tabik springggg kat diorang ..yelah,sekurang2nya diorang usaha cari rezeki yang halal walaupun terpaksa bergelumang dgn sampah yg bau busuk,masam,tengik..
Lebih bagus dari mencuri,merompak kan???

Kalau kita,confirm tak sanggup kan..kalau bau busuk sikit pn dah “eyewwww...busuk3..”tul x..hehehe

Ape-ape pun ada sesuatu yang fyda belajar dari peristiwa tadi..
Tak semua orang mampu mengecapi kesenangan macam mana yang kita ada sekarang ni..

Kalau hari ni kita menangis sebab kita rasa hidup kita susah,ingat tau,ada insan yang lebih susah dari kita ...

So,bersyukur la dgn kurniaan dari Allah SWT..
Tak payah nak merungut2 sangat lah kalau ada kekurangan dalam hidup kita sbb ada orang yang kurang segala2nya...

Dan kalau hari ni kita bangga sebab kita ada segalanya,tak mustahil  hari esok kita akan hilang segala2nya hanya dalam sekelip mata..

ha,satu lagi,jangan la kita pandang rendah pada orang yg bekerja kutip sampah,cuci toilet ke ape ker..diorang pun manusia kan???seburuk2 pekerjaan  diorang pun asalkan halal ok la tu kan...

kat mane pun kita berdiri sekarang,kita jgn riak n sombong sebab kita tak selalunya dia atas...
ayat power kat bawah ni khas untuk renungan semua...

 ~jangan riak punya kereta mewah yg mahal, sedang van jenazah adalah kenderaan terakhir~

~jangan berbangga dengan rumah besar bertingkat, sedang rumah bawah tanah adalah penginapan terakhir~

~jangan bermegah punya baju pakai yang cantik lagi mahal, sedang kain putih tanpa jahit tepi membalut tubuh diakhirnya~

semoga kita datang dan pergi dengan redhaNYa.
  
renung2kan....


Ok..jumpa next entry ...

Adiossss J

Tuesday, July 26, 2011

ADAKAH ANDA MASIH DARA?


Salam u all sumer..
Ha..sekian lama fyda tak update entry,tiba2tiba jer keluar entry ni...ADAKAH ANDA MASIH DARA?Perghh..mesti ramai yang buka mata kan..hehe
Fes of all,sorry la kalau2 entry ni agak sensitive,tapi fyda tak berniat ape2..just nak berkongsi  pendapat..JOM BACE ..

APA ITU SELAPUT DARA?

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina 
perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.

Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana 
dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

Adakah semua perempuan memiliki selaput dara?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

Apakah yang boleh menyebabkan selaput dara pecah?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

Apakah selaput dara lambang keperawanan?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan seksual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan seksual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

Apakah selaput dara wajib mengeluarkan darah ketika malam pertama?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan seksual buat kali pertama. Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga Ia tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan seksual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan. Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. 
Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indikator utama dalam menentukan kesucian.

Ok..sekarang dah jelas kan?tak semestinya gurl yang xde dara tu dia tak suci dah..actually kefahaman orang kita yang meletakkan kesucian seseorang gadis tu pada DARA..walaupun hal ni ade yang dah tahu,tapi tetap ade jugak yang tak tahu tak kurang jugak yang buat2 tak tahu.....

TAPI....

Jangan la pulak fikir ke arah negative bila baca entry ni yer..
Yelah,nanti ada plak kata entry ni seolah2 menggalakkan zina..oh tidak..tidak sama sekali....!oklah...
THANKS 4 READING THIS!ADIOSS J

Friday, July 1, 2011

pulang ke dunia realiti..oh tidak!


Salam..
Hi u all..
Alhamdulillah,lepas sebulan cuti semester,akhirnya kelmarin fyda dah kembali semula ke alor star,kedah..erk..ya sekali lagi,alor star kedah..

Dengan kembalinya fyda ke AS ni,maka kembalilah fyda ke dunia reality! 

 oh tidak!!!

Masa untuk bersenang lenang dah tamat..huhu..

Dan bermula lah episode fyda dan maggi..maggi lagi..huhu

Maklum lah,student kan..kena bjimat..loan MARA pun belum dapat lagi..kena la pandai2 nak hidup..walaupon sedar maggi tu xbaik utk kesihatan..wat2 xsedar jer..hehe

Semester baru,rumah sewa baru,azam pun baru..hehe

Ada janji pada diri sendiri yang perlu fyda tunaikan untuk semester ni..

Semuanya untuk ibu yg tersayang yg dah banyak berkorban untuk fyda terus ada kt kolej ni..

Hope ape yg fyda impikan akan tercapai untuk sem ni..

Alhamdulillah..fyda tersenyum lagi dgn result semester lepas..

Berbaloi jugaklah usaha2 last minute fyda tu..hehe

Oklah u all..
Gud nyte..
Adiossss J