PAGES

Friday, February 25, 2011

SELAMAT TINGGAL DUNIA BLOG!!!


salam u all..
tajuk entri fyda hari ni-selamat tinggal dunia blog...tu dia..
kenapa tiba2 jer fyda nak tinggalkan dunia blog ni??ade orang ambush fyda ke?ade blogger sound fyda ker??kenapa tibe2 jer ni???


oh tidak...
bukan itu hakikat sebenarnya...
macam ni kisahnya..
fyda nak tinggalkan dunia blog ni sementara..ala,tak lebih dari seminggu pun..hehe..wat suspen jer kan??
so,mula pada hari ni,fyda tak kan update ape2 entri..tapi tak bermakna fyda tak bukak blog langsung..just tak update entri jer..blogwalking??dont worry..fyda tetap akan blogwalking and visit blog korang..
sebab ape ???
biarla rahsia.tak nak kecoh2..nanti orang cakap nak cari publisiti murahan plak.dahla newbie dalam dunia blog ni....hehe
oklah u all..
take care...insyaAllah fyda akan update entry lepas seminggu nanti..
adioss...

surat dari iblis...



SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu....

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

resepi untuk mendapatkan extra DOSA..


salam u all..
resepi nak mendapatkan extra DOSA???pelik nye bunyi..tak payah intro panjang2 la..jom baca..

Cukup sempurnakah kita nak mengkritik dan mengutuk orang lain???
Manusia ni memang tak pernah lari dari buat kesilapan..mudah lupa,lalai dan alpa..
Sekarang cuba baca situasi2 dibawah ni..kemudian fikir2kan lah yer ..
Situasi 1: bila kita nampak orang berisi yang pakai baju ketat lalu depan kita,mula la nak kata macam ni “dah la gemuk,pakai baju ketat2 pulak tu.tak malu langsung!...”
-hm..padahalnya kita ni memangla tak pakai baju ketat, bertudung,tapi............ ber t-shirt jugak.tangan pendek...seluar jeans jugak...adeh..perfect ke kita kalau setakat bertudung?..pastu nak kutuk2 orang lain plak..free2 je dosa orang yg pakai baju ketat tu dapat kat kita sebab kita kutuk dia..
Apa salahnya kalau orang tu kita kenal,kita tegur dia dengan cara baik(kena ambil risiko la yer..hehe..)..kalau kita tak mampu tegur dia,azamkan dalam hati,yang kita jangan buat macam dia buat..tak perlu nak kutuk2..menambahkan dosa je..

Situasi 2 : “tengok la couple tu..yang pakwe dia hensem giler..makwe lak tak lawa langsung..macam mana la pakwe dia tu boleh suke kat dia..ni kes pompuan tu main asap2 kat dia la tu......”

Kita suka2 kata kat orang macam tu.biar la pakwe dia hensem tapi dia tak lawa pon..dah jodoh diorang..dah rezeki perempuan tu dapat pakwe hensem.nape,jeles ke orang dapat pakwe hensem???redha je la yang pakwe kita tu tak sehensem mana..hm..lagi satu... dah la mengata orang,siap buat fitnah lagi..yela,benda tu betul ke tak tahu nak kata jerrr...adoyai,...
Ni lah lumrah manusia.suke mengutuk,mengumpat dan memfitnah..same2 la kita ubah sifat yang suka kutuk orang ni yer..bukan per,berdosa kot!then kita dapat lagi dosa extra yang sama dengan orang yang kita kutuk tu..ish3..kalau kita terlepas terkutuk orang,cepat2 la istighfar banyak2 yer..ala,macam fyda selalu buat la..opsssss..terkantoi pulak..<pengakuan jujur>hehe..


kesimpulannya,kita tak sempurna mana pun and tak layak nak kutuk2 orang lain..sebab..kita sendiri ade kelemahan kan?


kita jangan ingat diri kita ni dah cukup baik untuk mengumpat and kutuk2 orang..ape perasaan kita kalau kita ditempat orang yg kita kutuk tu???fikir2kan and selamat beramal..hee~~

p/s: situasi2 ini di atas tidak ada kena mengena dengan yang sihat atau yang sedang koma.ianya hanyalah sekadar ]contoh semata2...sekian terima kasih...


thanks 4 reading dis :)

Thursday, February 24, 2011

fyda dah dewasa!

salam u all!
malam ni fyda rase rindu sangat zaman sekolah fyda.zaman kanak2 fyda.rindu sangat2 kawan2 yang gila2..kalaula doraemon tu betul2 wujud,fyda nak pinjam mesin masa dia tu..nak balik ke zaman dulu..zaman nakal2..(nakal sikit jer pown)..hehe..

sekarang ni semua kawan2 dah bawak haluan masing-masing..ader yang study kat UiTM Perlis,ade yang kat Politeknik,ade yang kat GMI,Kolej Komuniti,KDU,UniKL,Mahsa..banyak lagi la..nak sebut pun tak tersebut..hehe..

kitorang cuti tak sama..macam fyda ni cuti jumaat and sabtu..diorang sabtu ahad..so,memang xsempat la nak jumpa..huhu..
dalam banyak2 kawan fyda rindu sangat ngan kawan baik fyda ni..yang duk sebelah fyda ni..namapak je dia macam ni..tapi otak gila2 cam fyda gak..kalau kat dalam kelas tu,ada saje yg kitorang akan cakap..tambah pulak dua2 gila,memang tiap kali bersembang kalau tak ketawa memang tak sah..kalau fyda tak buat lawak,dia la buat lawak..and lawak kami tu hanya kami 2orang jer faham..hehehe..rindu betul kat dia ni..

masa hampir2 exam spm dulu,fyda dengan kawan2 memang 'pulun' study gila..yela,semua nak dapat result gempak kan...tambah2 masa study account..serabut kepala betul..memang tak boleh blah..kalau boleh memang fyda tak nak amik tau da pasal account ni..complicated!orang yg betul2 minat je yang boleh carry subject ni dgn baik..


ni masa nak dekat exam,tapi sempat lagi snap pic..teacher tengok relax jer,,sporting la Puan Jessie..hehe  

sape budak kecik ni??fyda la..mase kecik2 dulu..
masa kecik2 dulu boleh la semua benda mak yang buat kan..sekarang ni,da besau,pandai2 la nak hidup...baru la sedar yang fyda ni dah umur 19 tahun rupanya..dah besau !hehe..macam tak percaya lak yang fyda dah melangkah ke IPT..hm..cepat sungguh masa berlalu..kalaula fyda dapat jadi kecik macam ni balik..kan best..(jangan mimpi la kau fyda...)
miss u guys!!!


okla u all..takat sini dulu fyda merepek..esok fyda merepek lagi..
adiosss... :)

Tuesday, February 22, 2011

faceBlog




 SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
untuk sesape yang nak join masuk sini k...
http://the-faceblog.blogspot.com/
 
 

bila pelangi sudah mula pudar warnanya.....


Salam u all...
Malam ni tiba2 hati fyda ni jadi cam tak tentu arah sikit.tak tahu la kenapa..rasa sedih,sayu,macam nak nangis pun ade..sebab apa pun fyda tak tahu..rindu kat mak?hmm...boleh tahan la..tapi baru je balik minggu lepas..
Sejak akhir2 ni fyda memang tak dapat nak focus sepenuhnya dalam study..orang lain relax jer bila study..tapi fyda ni..tak tahu la...bila buat quiz lak,memang tak confident walaupun soalan quiz tu agak simple..kawan2  dapat full mark...tapi fyda ni cukup2 makan jer..ape yang buat fyda rase macam ni??sebab fyda duk kat kelas A..kelas dak2 dekan.pointer 3.5 above...diorang sume pandai2 belaka..tapi bukan fyda..
Sedih sangat..fyda xmampu nak buat apa yang fyda azamkan sebelum ni..
Fyda nak study betul2..fyda tak nak ketinggalan dalam study..fyda tak sia2kan harapan mak dan abah..tapi fyda tak ada kekuatan nak mulakannya.tak de semangat...hidup ni rasa suram jer.ibarat pelangi yang makin pudar warnanya..cheewahh...nasib baikla ada blog ni..dapat jugak fyda luahkan perasaan..dapat baca update blogger lain.. at least tak la rasa kosong je hidup ni..walaupun ada je suara2 sumbang yang suka menyindir fyda sebab sejak fyda main blog ni.bagi diorang main blog ni buang masa.hm..tak kisahla....diorang tak tahu..ni la dunia fyda yang sebenarnya..menulis dan berkongsi..(cita2 nak jadi penulis novel tau..)tapi terbantut  sejak fyda study course yg sememangnya bukan bidang penulisan..but now,fyda nak sangat aktif menulis macam dulu...
Kawan2 adalah kekuatan fyda ..selam ni diorang la yang bagi semangat kalau fyda down...fyda sayangkan kawan2 fyda lebih dari fyda sayangkan diri fyda sendiri..kawan2 ni ibarat pelangi yang mewarnai hidup fyda..ala,macam nama blog fyda ni la...pelangi fyda..hehe..( nak promote sikit)
Macam mane nak naikkan semangat fyda yang makin down ni..perjalanan masih jauh..ade lagi 2tahun lebih lagi untuk fyda dapat diploma in computer system & networking..insyaAllah..tapi macam mana caranya untuk memastikan semua tu tercapai??fyda ni cepat sangat down..self –confident low..hope u all semua boleh bagi kata2 semangat/motivasi untuk fyda..mane la tahu,dengan kata2 semangat,nasihat dari u all dapat meningkatkan tahap keyakinan diri fyda...
Oklah u all...
Thanks sebab baca entri dari blog yang tak popular ni..hehe..sayang u all...
Adiosss... 

Monday, February 21, 2011

sebab-sebab doa tak dimakbulkan


salam u all semua..
terdetik dalam hati fyda nak buat entri ni lepas baca buku himpuna solat2 sunat..dalam buku ni ada dilampirkan sebab2 doa ntak dimakbulkan.rasa nak sangat sharing2 ngan u all semua...

sebab2 doa tak dimakbulkan..kadang2 kita akan tertanya2,kenapa Allah tak makbulkan doa kita..walaupun kita selalu berdoa..kita sememangnya manusia yang lemah dan pernah sepi dari melakukan kesilapan..betul tak?so,memang tak patutlah kita mempersoalkan kembali kenapa doa kita ditolak..seolah-olah kita marah kepada Allah sebab tak makbulkan doa kita..padahalnya,bila kita check balik,ada yang tak 'CLEAR' dalam diri kita ni..ada perkara2 yang membuatkan doa kita tak diterima..
oklah..sekarang ni cuba u all semua baca sebab2 doa kita tak dimakbulkan..ini adalah jawapan Ibrahim Adham(ahli tasauf yg masyur) kepada mereka yg bertnya kenapa doa mereka tak dimakbulkan sedangkan mereka selalu berdoa..

1)kamu mengenal Allah,tetapi kamu tidak tunaikan hak-NYA.
2)kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3)kamu telah membaca Al-Quran,tapi kamu tak beramal dengannya.
4)kamu telah makan nikmat2 Allah tapi kamu tak tunaikan syukur-NYA.
5)kamu telah berkta bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6)kamu telah berkata syurga itu benar,tapi kamu tidak beramal untuknya.
7)kamu telah berkata neraka itu benar,tapi kamu tak bersedia untuknya.
8)kamu telah berkata bahawa mati itu benar,tapi kamu tak bersedia untuk hadapinya.
9)kamu bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri,
10)kamu kuburkan mayat tapi kamu tak ambil iktibar daripada mereka.

itulah 10 sebab doa kita tak dimakbulkan...
kita kena la  cuba sempurnakan apa yang tak sempurna dalam iman kita sebagai seorang muslim..barula doa kita akan dimakbulkan..
sekarang jom baca syarat2 supaya doa kita dimakbulkan...

1)berdoa dlam keadaan suci dari hadas atau najis
2)memohon perkara kebajikan
3)disertai dengan rasa penyesalan di atas dosa2 yg lalu.
4)berdoa pada waktu2 tertentu :lepas solat fardhu,tenagh malam atau hari Jumaaat
5)berdoa dgn kusyuk serta berbaik sangka terhadap Allah.
6)hidup dengan makanan yg halal.
7)tidak meminta perkara maksiat
8)menyeru anma Allah yang menasabah dgn hajat yang diminta
9)menggesa dan mengulang2 permohonan itu...

insyaAllah,doa kita lepas ni akan Allah makbulkan..yang penting kita kenala yakin terhadap Allah SWT..
baiklah semua pembaca yang dihormati,sekian saja dari fyda untuk kali ni..ish..rasa macam ustazah la pulak..hehe..
salam...

Saturday, February 19, 2011

bila pelangi sudah kekeringan idea...

salam hye u all semua..

memang serious pelangi cakap,pelangi dah tak de idea nak tulis ape dalam entry baru..
nak tulis ape pun tak tahu la..followers pelangi tak sampai 30 orang..sedih kan?tapi salah pelangi jugak,tak update selalu..bukan ape,pelangi betul2 tak de idea..kadang2 bila bukak statistic blog pelangi dalam masa sehari ade 1org je view..hehe..padan muka kan?

Selalu jugak la pelangi blogwalking ke sana sini..tapi kadang2 tu bila internet slow,pelangi terus takde mood..hm..mungkin pelangi kena ubah sikap pelangi ni kalau nak blog pelangi maju..haha..maju la sangat.bila update entry baru comment telur ayam (0) jer.tu yang membuatkan malas nak update..huhu<sikap orang yang mudah give up>
p/s>sila jangan tiru sikap mizz pelangi ni ye...

dalam banyak2 blog,pelangi selalu jugak la skodeng senyap2 blog ben ashaari and izamir ridzwan..bukan aper,sejak mula aktif masuk dalam dunia blog ni,pelangi banyak belajar dari tutorial and tip dari dorang..kalau tak,memang pelangi blurr la pasal blog ni...

Memang pelangi respect diorang sebab blog diorang dikenali..lagi satu entry2 dalam blog ben ashaari & izamir ridzwan ni menarik2 belaka...selalu diupdate lak tu..followers lak beriban2..tapi yang paling pelangi tabik spring kat diorang adalah even diorang popular,diorang tak sombong....tu yang best tu...

Hm..bila la blog pelangi ni nak jadi cam blog diorang ek??berangan mat jenin jer kau ni pelangi..hehehe...followers tak sampai 30orang pun..
Okaylah..pelangi nak blogwalking jap..cari idea untuk entry baru...hehe...

p/s: entry ni pelangi update bukan tujuan untuk mengampu sesiapa ye..just idea yang datang dengan tiba2 tanpa ada niat lain..huhu..jangan salah sangka ekk..
adiosss...

kehebatan dan keajaiban tahun 2011!!



Salam u all semua..

Tadi masa pelangi sampai je kat hostel terus on lappy nak buka fb,..tak senonoh betul kan.hehe.mandi pun tak..pelangi pun log in la...pastu adela pelangi terbaca  1 wall post ni.
“Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11. Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir Tahun kelahiran anda dicampur dengan Umur anda tahun ini.hasilnya pasti =111... It's miracle, kehebatan 2011 ;)”
Pelangi pun try la campur tahun bday dengan umur pelangi..nak jugak tahu betul ke tak..
92+19=111...
memang betul..tak sangka lak..
Hm..memang ajaib kan..
Kebetulan yang unik and jarang2 nak jumpe kan..
Tahun 2011 ni hampir nak masuk ke bulan Mac..rasa macam cepat sangat  masa berlalu kan..rase makin tua plak diri ni..memang makin tua,takkan la makin muda plak kan..hehe..
Sekadar berkongsi...
Ok la u all...adiosss.. : )

Tuesday, February 8, 2011

saya tak pandai macam awak...

sedih!
entah la kenapa rasa diri ni terpencil sangat dalam kalangan mereka..
memang saya bukan pelajar genius,saya lambat tangkap bila belajar something..Ya!Saya akui,saya lembab.hari2 saya akan berdoa agar Allah meningkatkan speed otak saya dalam study.
saya tak layak berada di atas bersama kalian..
kadang2 saya terfikir jugak,memang saya ni cuma layak berada di bawah semata2 untuk merangkak menyusun langkah ke atas bersama kalian ke?
..ketinggalan jauh di belakang,mencari-cari sinar terang agar dapat seiringan bersama kalian..
mungkin inilah takdir yang perlu diredhai tanpa mempersoalkan kenapa..mungkin terselit 1001 hikmah di sebalik kepayahan yang sedang dlalui ni..
untuk kawan2 yang  sentiasa menolong dan memberi sokongan,thanks sangat2..maaf kalau tingkah laku saya buat kalian terkecil hati..saya tak berniat langsung nak buat macam tu..just rasa rendah diri yang buat saya rasa macam tu..
maaf sebab dah banyak menyusahkan kalian bila kalian terpaksa ajar saya semula lepas kuliah..tapi,dengan seikhlasnya,saya betul2 hargai jasa2 kalian..t.h.a.n.k.s!

ni pun insan yang selalu  gak tolong dakni dalam maths..rajin2 la melawat blog dia ye http://cikaienznawawi.blogspot.com

p/s:pagi2 macam ni feeling bukan main lagi..maaf la ye..huhu

akibat gabra!

salam 1 malaysia salam 1 blog salam 1...bape banyak punya salam lah...
hari ni memang rase penat giler..adeh..mana tak penat,keluar pegi kelas kul 8..balik kul 5lebih..
dahla frust dengan subject pc maintenance td..tak tahula dapat markah berape untuk test bukak and pasang balik cpu..gelabah gile depan lecturer tadi..habis melanting segala screw2..pastu mula lah gabra nak pasang screw2 tu balik..tunggang langgang jadinya..
time ni ngah kusyuk bukak screw motherboard
hasil lepas keluarkan semua component-component

kawan2 semua dah siap pasang cpu..kite ni je yang terkedek2 ketatkan screw..dah siap pasang cd rom,hard disk and floppy,kena pasal IDE lak..memang frust sebab terlupa masukkan IDE untuk floppy disk kat mother board..
rasanya memang confirm kena tolak markah..huhu..practice dah banyak kali,siap ajar kawan2 lagi ..tapi bila test,gabra macam gile..tangan terketar2..semua serba tak kena..nasib baikla lecturer bagi chance..thanks miss!hehe

so,just nak share ngan u all semua,bila nak buat something buat dengan tenang..jangan terlalu gabra,tak pasal2 benda yang mudah jadi susah sebab kita terlalu gelabah..rasanya itu je kowt untuk kali ni..
adioss : )

Sunday, February 6, 2011

macam2 hal!

salam..hye sume..dah lama pelangi diam tanpa sebarang entry baru..huhu..bukan pe,cuma terlalu busy tolong mak ..
diam tak diam dah habis cuti 4hari sempena raya cina..
rase kejap je..ish..memang xpuas tapi nak kena la terima hakikat cuti 4 hari jer..
hm..esok da start kuliah..rase malas gile skang ni..
actually dalam masa 4hari ni macam2 benda jadi..antaranya exbf pelangi datang penang jumpa parents pelangi..hm..tak tau la tujuan ape dia datang...adeh..hampir saje cinta lama berputik kembali..tapi,tak mungkin2..hati ni dah tertutup untuk cinta2 ni..(bole percaye ke?)..
orang kate cinta tu tak semestinya memiliki..sekarang ni barula pelangi faham kata2 tu..ish3...terlebih feel la plak..okaylah..nanti makin melalut lak cite pasal cinta2 ni..
adiosss...