PAGES

Sunday, April 1, 2012

CERPEN~Sampai Menutup Mata-by Cik Pelangi



Aku menjeling tajam lelaki yang dari tadi asyik memandang aku.Gila agaknya.Macam tak pernah tengok perempuan.Muka tu boleh tahan hensemnya.Tapi sayang,kurang betul.Rimas betul aku dibuatnya.
“Hai cik adik comel.Tajamnya jelingan tu.Garang betul ye?”.
Aku yang berniat nak ambil angin di taman akhirnya bertukar menjadi naik angin.
“Apa adik-adik?Ingat saya ni adik awak ke?Suka hati la saya nak jeling ke nak juling ke.Mata saya kan?Awak sakit kat mana?”.
Balasku dengan suara yang sengaja aku tekankan sambil membuat mata juling.Kononnya garanglah aku ni.Tapi sayang,kata-kataku bagai tak memberi  kesan pada lelaki tinggi lampai itu.Malahan semakin berani pulak dia datang dekat dengan aku.
“Janganla garang-garang sangat.Saya tak sakit kat mana-mana pun kalau awak jeling macam tu kat saya.Tapi sakit kat sini.Sakit sangat-sangat.Sebab jelingan awak tu tajam sangat,kalah pisau tau!”
Aku terkedu seketika bila lelaki itu meletakkan tangannya di dada.Kononnya dia sakit kat hati la bila tengok aku jeling macam tu.Argh.Kisah pulak aku kan.Akhirnya aku cepat-cepat beredar dari taman itu.Silap-silap aku pun sakit jiwa nanti layan mamat ni.
Bila mengenangkan detik-detik pertemuan kami,aku tergelak sendiri.Memang aku tak bagi chance  langsung untuk dia mengorat aku.Aku ni pun satu,garang macam singa betina je.Entah macam mana dalam jual mahal akhirnya kami jadi rapat.Macam mana lah aku boleh tak perasan Haidar ni senior aku kat kolej.Selamba je aku buat perangai tak semenggah aku kat dia masa tu.
Hari demi hari kami semakin rapat.Biarpun hubungan ini hanya atas dasar kawan semata-mata,tapi aku rasa begitu selesa dengan Haidar.Aku tahu,Haidar juga merasai perkara yang sama.Tapi masing-masing sekadar berbasa-basi malu untuk mengucapkan sayang.
“Awak,saya nak tanya something kat awak ni.Awak kena janji,awak akan jawab dengan jujur ye?”
Aduhai Haidar ni.Macam serius je soalan yang dia nak tanya ni.Ish.Mata dia tu kalau tak tenung mata aku lama-lama memang tak sah la.Jenuh aku nak tepis panahan asmara si Haidar ni.
“Awak..Awak berangan sampai ke mana dah tu?Ni mesti berangan nak kahwin dengan saya kan?Tak malunya budak comel tu…Berangan nak kahwin..”
Haidar melambai-lambai tangannya untuk menyedarkan aku.Memang dia sengaja nak sakat aku.
“Amboi,perasan je awak ni.Bila pulak saya berangan nak kahwin dengan awak?”
Aku membuat mimik muka mengejek.
“Erm…Habis tu awak memang tak kahwin dengan saya la?Ala…Sedih la macam ni.Rasa nak bawa diri pergi Gunung Everest je.Sampai hati awak”.
“Sudah-sudah.Jangan nak mengada sangat ye Encik Akid Haidar.Awak nak tanya apa tadi?Macam serius je?”
Akid Haidar tersenyum simpul.Aku turut membalas senyumannya tapi disertai dengan riak wajah seribu satu persoalan.
“Awak sayang saya tak?”
Gulp..Aku menelan air liur.
“Awak ni..Jangan la tanya saya macam tu.Saya tak tahu nak jawab”.
“Sayang atau tak?Itu je jawapan yang saya nak dengar”.
Haidar semakin rancak membuli aku kala ini.
“Okay lah.Sayang”.Akhirnya aku mengaku kalah.Aduhai,rasa macam muka tembok tujuh belas lapis dah aku ni.
“Sayang siapa?”
“Sayang awak la”.Aku sudah jadi tak keruan bila dia asyik tenung aku.
“Sayang saya sebagai….?”
Ya Allah,perlukah aku jawab soalan dia.Aku sekadar mengangkat bahu kononnya nak elakkan diri dari menjawab soalan cepu mas dari Haidar.Haidar menghela nafasnya perlahan tanda kecewa.
“Kenapa tak tahu?”
Aku sekadar berpeluk tubuh.Mana mungkin aku luahkan padanya yang aku sayang dia lebih dari seorang kawan.Malu kot.Entah-entah aku yang syok sendiri.Biarlah aku diam je.Lagipun Haidar ni macam la aku tak kenal perangai dia.Suka sangat nak menyakat aku.
                                                      “Tak nak jawab yer?Ok..Takpe.”
Aku tahu Haidar mula menarik muka masamnya yang mengalahkan mempelam tak masak.
“Tak adil kan kalau awak je tanya saya.Sekarang,biar saya pulak tanya awak.Awak sayang saya tak?”
Kali ini giliran aku pula menyoal Haidar.Aku mula lihat air mukanya tiba-tiba berubah.Tadi confident sangat soal aku.Sekarang tahu pun nak malu.
“Erm.Perlu ke saya jawab soalan tu?”Balas Haidar cuba berdalih.Memang nak kena mamat ni.Nak berdalih pulak.
“Ye,perlu sangat-sangat.Sayang atau tak.Itu je jawapan yang saya nak dengar.”
“Aik?Balas dendam ke pa ni?Oklah..Saya mengaku saya sayang awak.”
Akhirnya aku berjaya menekan Haidar dengan soalanku.Serentak itu kami berdua membalas senyuman.Senyuman yang tersirat seribu satu makna.Moga-moga hubungan ini berkekalan biarpun masih belum ada tanda rasmi hubungan kami doaku dalam hati.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di saat ini airmataku mengalir laju.Titisan demi titisan menyembah bumi.Dan aku langsung tak hiraukan airmataku itu.Makin lama sedu sedan aku jelas kedengaran memecah kesunyian kamarku sedari tadi.Wajah Haidar asyik bermain di fikiranku ketika ini.Aku terlalu cintakan Haidar.Sedalam mana cintaku terhadapnya,hanya Allah SWT yang tahu.Tapi,aku perlu lepaskan Haidar dan undur diri untuk memberikan peluang kepada Haidar dan bekas teman wanitanya untuk kembali bersama.Sesungguhnya berat hatiku untuk melepaskan Haidar dari hidupku.Tapi jika kebahagiaan Haidar lebih terjamin bersama Alisa,aku redha.Biarlah hatiku terluka,tapi Haidar bahagia.Mungkin Allah SWT telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untukku.
“Sayang,hanya Allah saja yang tahu betapa saya tersepit dalam membuat pilihan sekarang ini.Saya tahu saya dah buat airmata awak mengalir untuk kesekian kalinya.Tapi apakan daya,saya benar-benar tak mampu untuk buat keputusan saat ini.Saya sayang awak Kamilia.Sayang saya pada awak bukan main-main.Sikit pun tak terlintas dalam hati saya untuk permainkan cinta awak.Saya harap awak dapat beri saya masa untuk buat keputusan.Apa yang perlu awak tahu,saya terlalu sayangkan awak Kamilia.”
Aku menggengam kemas surat yang aku terima dari Haidar pagi tadi.Perlahan-lahan aku menyeka airmataku.Ya Allah,sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya.Jika inilah jalan takdirku Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ini.Aku rela undur diri andai itu yang terbaik.
Pagi itu seperti biasa,aku meluncur laju motosikal cabok milikku ke kolej.Dua pusingan aku meronda di sekitar kawasan parkir akhirnya ada rezeki untuk “parking” motosikalku.Alhamdulillah.Ada juga hamba Allah yang nak angkat kaki.Kalau tak bertawaf la aku keliling kolej ni.
Aku menyusun langkah selaju yang mungkin.Aku perlu berjumpa Haidar segera.Dari jauh Haidar sudah melemparkan senyumannya padaku.Aku sekadar tersenyum tipis.Aku mengawal riak wajah tenangku sebolehnya.
“Sorry awak.Mesti dah lama awak tunggu saya kan?”
Aku melabuhkan punggung di kerusi café yang agak lengang pagi itu.
“It’s okay.Baru 10 minit saya kat sini.”
Aku merenung sayu wajah Haidar.Haidar juga begitu.Bila mata kami saling berbalas pandangan,akhirnya aku tersedar dari lamunan.
“Kamilia,awak nak cakap sesuatu kan?Cakaplah.”
Tegur Haidar lembut.Matanya masih tak berganjak dari menatap aku.
“Erm.Berkaitan hubungan kita.Awak,saya rasa biarlah saya yang undur diri.Awak jangan risau pasal saya.Saya rasa Alisa lebih layak untuk awak pilih.” ujarku perlahan.
Haidar terkedu.Airmukanya jelas berubah sama sekali.Aku tak berani untuk membalas pandangan Haidar.Aku sekadar menundukkan muka.
“Awak.Saya masih belum buat keputusan.Awak,saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya buat sekarang ni.Tolonglah bagi say sikit lagi masa.”
Balas Haidar dengan nada suaranya yang mula mengendur.Ada riak risau di wajahnya.Sempat lagi aku memerhati sekeliling.Bimbang ada yang perasan  kehadiran kami disini.Lebih-lebih lagi Alisa.
“Kita belum declare apa-apa lagi kan Haidar?Jadi saya rasa tak ada masalah untuk awak buat keputusan sekarang ni.Lagipun saya sebenarnya bukan sayang awak.Maaflah,selama kita berkawan ni,saya just pretend sayang awak sebab saya nak jugak rasa macam mana orang bercinta ni.Perasaan saya pada awak sebenarnya…erm… Zero.”
Aku menghabiskan ayatku dengan tangan yang terketar-ketar.Sepantas kilat aku sembunyikan tanganku di bawah meja.Dalam hati aku mengutuk diriku yang tegar mengucapkan kata-kata itu pada lelaki yang teramatlah aku cintai itu.
Haidar membulatkan matanya.Reaksi standard kalau orang terkejut.
“What?Awak sengaja reka cerita kan Kamilia?Awak sengaja tipu saya yang awak tak sayangkan saya.Mungkin awak boleh tipu saya,tapi mata awak sah menunjukkan awak sedang bercakap bohong Kamilia!”
Aku tergamam.Suara Haidar yang serak-serak basah itu kedengaran agak tinggi nadanya.Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.Serentak itu aku melepaskan nafasku perlahan.Mujur suara Haidar itu tenggelam dalam keriuhan café itu yang sudah mula dipenuhi pelajar lain.
Look Haidar.Cubalah terima hakikat.Sebenarnya saya dah lama nak terus-terang dengan awak.Selama ni saya kata sayang awak,tapi sebenarnya saya tak de perasaan apa-apa pun kat awak.Dah la.Saya cuma bercakap perkara yang betul.Dan sekarang awak dah tak perlu nak pening-pening fikirkan saya atau Alisa yang patut awak pilih.Of course la Alisa yang awak pilih kan?Kalau awak pilih saya pun,saya nak beritahu siap-siap la ye,saya tak ingin pun kat awak.Okaylah.Selamat berbahagia!”
Entah dari mana datangnya perangai kejam mengalahkan firaun itu dalam diriku.Dengan hipokritnya aku membuat riak muka bersahaja seperti orang yang tiada perasaan.
Wait Kamilia!”
Belum sempat aku mengangkat punggungku Haidar segera menahanku.
“Awak nak apa lagi ni?Oh ya,hampir terlupa.Ni ha surat awak.Ambil la balik surat ni.Tapi maaflah.Dah renyuk teruk ni.Zaman dah canggih,tapi surat jugak yang awak nak hantar kat saya.Lawakla awak ni”.Sempat lagi aku menambahkan bahang amarah Haidar.Jelas terpancar airmuka Haidar yang sudah mula merona kemerahan menahan marah dan malu pastinya.
“Okay!Terima kasih banyak-banyak Kamilia .Saya bodoh sebab percayakan awak selama ni.Dengar sini baik-baik,what goes around comes around Cik Kamilia Aryna!”
Jantungku berdegup kencang.Saat ini sikit pun aku tak mampu untuk menatap garisan kebencian terhadapku di wajah Haidar.Aku menghadiahkan senyuman sinis yang sengaja aku reka sebelum meninggalkan café itu.
Selangkah,dua langkah dan seterusnya airmataku merembes keluar dari tubir mata. Aku cuba mengumpul kekuatan dalam diriku.Sekuat hatiku saat berhadapan dengan Haidar tadi.Tapi entah mengapa aku gagal.Aku menangis semahu-mahunya di dalam tandas kolej.
Aku membuka langkah keluar dari tandas.Tanpa berfikir panjang aku terus meninggalkan kawasan kolej.Kuliah?Memang “burn” lah jawabnya.Aku tak punya hati untuk mengikuti apa-apa kelas pada hari ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini telah bertindak kejam dengan melukakan hati insan yang teramatlah aku cintai.Ampuni aku Ya Allah.Tiada apa-apa niat dalam hatiku selain untuk melihat kebahagiaan Haidar dan Alisa semata-mata.Sesungguhnya aku redha atas takdir bahawa Haidar bukan untuk ku lagi.Tabahkanlah hatiku Ya Allah.Amin,Amin Ya Rabbal Alamin.”
Hanya doa yang kudus yang mampu aku panjatkan.Biarlah Haidar membenci diriku asalkan dia peroleh bahagianya bersama Alisa.Biarlah dua jiwa ini menyambung semula percintaan mereka.Aku ini ibarat bunga yang baru tumbuh di hati Haidar sedangkan Alisa pernah menjadi bunga yang segar kembang ditaman hati Haidar.Lagipun aku tahu,Alisa terlalu harapkan Haidar kembali dalam hidupnya.Mungkin dia sedar kekhilafannya memutuskan hubungan mereka satu ketika dulu adalah satu kesilapan besar.Setiap manusia berhak diberi peluang kedua.
Hari ini sudah 4 hari aku ke kolej dengan jiwa yang kosong.Hatiku bagaikan dipanah sembilu saat melihat kemesraan Haidar dan Alisa.Kenapa ini yang aku rasakan sedangkan aku yang redha keadaan ini.Mungkin kerana perasaan sayangku pada Haidar masih belum mampu untuk aku singkirkan saat ini.Lelaki yang bernama Akid Haidar telah berjaya membuka mata hatiku yang selama ini begitu anti dengan lelaki.Dia hadir dalam hidupku seolah-olah seperti membawa sebuah cahaya yang terang.
Lamunan panjangku terhenti.Sempat pulak aku flash back kenangan aku dengan Haidar.
“Kau ni asyik termenung panjang kenapa Kamilia?Dalam kelas macam jasad kau je yang ada kat situ.Roh kau?Entah la terbang ke mana aku pun tak tahu.”
Aku menghela nafasku perlahan.Iced Lemon Tea atau dalam bahasa melayunya Teh o ais limau aku hirup perlahan.Hampir aku terlupa Syafika yang sedari tadi bersama aku di café ini.
“Entah lah Ika.Aku sepatutnya happy bila Haidar bahagia.Tapi,kenapa aku rasa sakit macam ni.Aku tak kuat nak hadapi hari-hari aku tanpa Haidar.”
Aku meluahkan isi hatiku kepada sahabat yang selama ini paling memahami diriku.
Syafika menggelengkan kepalanya perlahan.Tanganku digenggam erat.
“Aku faham Kamilia.Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.Lagi-lagi orang tu pun terlalu sayang kat kita.Tapi kau yang pilih untuk undur diri kan?Sebagai kawan,aku sedih tengok kau macam ni.Kamilia Aryna yang aku kenal adalah seorang yang kuat dan tabah.Tapi hari ini,kau jadi lemah sangat.Kau tak boleh macam ni Kamilia.”.
Aku sekadar membisukan diri.Apa yang dikatakan Syafika memang benar.Aku tak pernah jadi selemah ni.Mata aku tiba-tiba tertancap pada pasangan yang ibarat belangkas yang baru masuk ke dalam café.Cepat-cepat aku menarik tangan Syafika untuk tinggalkan café itu.Aku tak mampu nak tengok kemesraan Haidar dan .Sumpah aku tak kuat!Dalam keadaan terpinga-pinga Syafika sekadar mengikut aku dari belakang.
“Kamilia,lama betul kau tak join kitaorang study kat library.Kau pergi mana?”.
Langkahku terhenti secara tiba-tiba.Aduh.Kenapa la si Alisa ni mata tajam sangat.Memang tak menjadi la trick aku untuk elakkan diri dari dia hari ni.Memang aku agak terror menyembunyikan hubungan aku dan Haidar sebelum ini dari Alisa.Biarlah dia tak tahu langsung hal ni.Lagipun aku dan Alisa tak lah berapa rapat sangat.Kami belajar jurusan yang sama,suma kelas yang berlainan.Cuma kalau ada yang perlu dibincangkan,barulah kami berjumpa.Itupun atas urusan pelajaran.Tak kisah la semua tu.Yang penting,dia dapat semula memiliki hati Haidar tanpa perlu tahu sedikit pun mengenai hubungan yang baru terjalin tapi terputus antara aku dan Haidar.
“Aku busy sikit.Sorry tau.Aku nak kena gerak cepat.Ni ha Si Ika ni tiba-tiba sakit perut pulak.Ni la akibatnya bila makan pagi dia buat macam makan tengahari.Aku pergi dulu ye.Jom Ika.”
Syafika sudah buat muka tidak puas hatinya.Alisa sekadar mengganguk.Haidar yang disebelahnya sikit pun tak sudi nak memandang aku.Mungkin dia dah terlalu benci dengan aku agaknya.Sekali lagi hatiku menangis.
“Kamilia,aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni.Aku harap kau kuat ye?Aku tak suka la tengok sahabat aku ni sedih-sedih macam ni.Automatically aku pun akan sedih tau.”
Ika menepuk-nepuk perlahan bahuku.Aku tersenyum tipis.Syafika adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku ada.Satu-satunya sahabat yang boleh menerima aku dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Eh,tak lah.Aku ok je.Kau jangan risau ye.Ni apahal pulak muka kau macam cekodok basi ni?”soalku pelik.
“Aku lapar la Kamilia.Tapi…aku tertinggal beg duit kat rumah.”
Aku hampir nak tergelak mendengar jawapan sahabatku itu.
“Alahai..Kesiannya kawan aku sorang ni.Apasal la kau tak minta je duit kat aku.Sanggup ye kau tahan makan dari pagi tadi.Macam tak biasa je kan kau ni Ika.Dah-dah,jom aku belanja kau makan.”
“Hehe..Aku segan la.Segan.Malu.Segan.Malu”
Ika sudah mula buat lawaknya.Aku sekadar menggeleng kepala melihat gelagatnya.Ika,Ika…
Haidar merenung wajahku sedari tadi.Dan aku tahu,ini memang perkara wajib yang dia buat kalau kami berjumpa.
“Awak ni,bila kita jumpa,kalau tak tengok saya macam tu memang tak boleh ye?”
Soalku sambil membetulkan selendangku.Mungkin tersenget,sebab tu la Haidar tengok aku macam tu.
“Awak nak tahu kenapa saya suka tengok wajah awak?”
Haidar sudah mengukir senyuman manisnya.Dan serentak itu terukir jugalah lesung pipit di kedua belah pipinya.Aduhai.Mamat ni selalu je buat jantung aku dup dap dup dap.
“Erm.Kenapa?”…
“Sebab bila saya tengok wajah  comel awak,hati saya jadi tenang.Tak tahu la kenapa.Tapi itu la yang saya rasa.”
Mukaku sudah merona kemerahan menahan malu bila Haidar berkata sedemikian.
“Ha,merah dah muka comel awak tu.Saya baru cakap macam tu,dah merah.Kalau cakap lebih-lebih lagi tak tahu la jadi warna apa pulak muka Cik Kamilia Aryna ni nanti.”
Haidar meledakkan tawanya.Memang mamat ni dah lama hidup agaknya.Ada saja idea nak kenakan aku.Aku menjeling tajam Haidar.Tapi tak kisah lah.Janji aku pun rasa perkara yang sama.Aku tenang bila tengok wajah Haidar.Dan yang paling penting,aku selesa bila bersama lelaki ini.
“Ha tu jeling saya kenapa?Ingat saya takut sangat la jelingan maut awak tu?Lagi bertambah sayang adalah.Sepuluh kali awak jeling,sepuluh kali saya sayang.Tapi kalau mata awak dah jadi juling sebab selalu sangat jeling-jeling,jangan merungut ye kalau kurang harga hantaran awak nanti?”
Sempat lagi dia nak kenakan aku.Aku yang sudah jelas-jelas menahan rasa malu akhirnya melepaskan geram dengan mencubit paha Haidar sekuat hati. Mengeliat sakan Haidar menahan sakit.Ha,baru padan muka.Suka sangat nak kenakan orang.
Aku menyimpan semula gambar ketika aku dan Haidar masih lagi bersama.Tak sangka sempat lagi aku berkhayal tatkala melihat gambar kami berdua.Dah jadi kenangan.Tapi hati aku tak benarkan langsung aku buang Haidar dalam kamus hidupku.
Mungkin  Alisa bahagia sekarang ni.Bahagia dengan peluang yang diberikan Haidar padanya.Kau benar-benar beruntung Alisa.Dapat memiliki lelaki yang bernama  Akid Haidar.Apa yang aku harapkan,kau dapat hargai cinta Haidar.Jangan kau sakitkan hati dia lagi macam dulu.
Dari jauh aku hanya memerhati gelagat Haidar dan  Alisa di dalam library.Kata-kataku itu sekadar diucapkan dalam hatiku.
Mata Haidar tiba-tiba membalas pandanganku yang sedang asyik memerhati mereka.Ya Allah,bagai nak luruh jantung aku bila kami saling berpandangan.Cepat-cepat aku berpatah balik untuk keluar dari library.Dari renungan Haidar aku tak pasti sama ada dia memang tak sengaja memandang aku atau memang dia sejak tadi perasan akan kehadiran aku.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ibu,Lia minta maaf sebab tak dapat nak balik jenguk ibu bulan ni.Lia rindu ibu sangat-sangat.Tapi Lia kena siapkan banyak assignment”.
“Sayang,ibu pun rindu Lia sangat-sangat.Tapi,apa yang penting,ibu nak Lia tumpukan perhatian pada kerja Lia tu dulu.Dah nak final kan?Ingat,ibu tak nak anak ibu main-main dalam belajar”.balas ibu berbaur nasihat.Walaupun sekadar bercakap dalam telefon,tapi itu sudah memadai bagiku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Sure ni kau nak tunggu boyfriend kau datang ambil?”ujarku sambil mengeluarkan motosikal dari parkir .
“Ye,kau baliklah dulu.Kejap lagi dia sampailah.Kau tu bawa motor biar berhemah sikit.Jangan nak menyelit sangat.Macam la aku tak kenal kau tu.”
Aku sekadar ketawa kecil.
“Sayang jugak kau kat aku kan Ika?Jangan risau lah.InsyaAllah aku ingat pesan kau.Tapi kalau benda nak jadi,aku bawak berhemah pun mungkin orang lain yang tak berhemah tu yang “bantai” aku.”
Selamba aku menuturkan kata.
“Mulut tu cubalah jangan cabul sangat.Dah-dah.Sebelum kau nampak Haidar kat sini,lebih baik kau balik cepat.Karang tak pasal-pasal jer….”
“Ok lah.Aku nak baliklah ni.”
Aku meluncur motosikalku dengan berhemah.Entah mengapa hari ni aku tak rasa untuk menunggang laju motosikalku.Sampai di satu simpang aku cuba mengelak dari sebuah kereta yang melulu keluar.Malangnya aku yang terbabas ke sebatang pokok.Dalam keadaan kelam kabut begitu aku cuba cepat-cepat untuk bangun.Belum sempat aku bangun terasa badanku dilanggar dari belakang.Terpelanting aku beberapa meter dari situ.Cecair merah pekat yang mulai menuruni di kepalaku.Pandanganku yang semakin kabur akhirnya menjadi gelap.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Haidar,kau tak pergi hospital ke tengok Kamilia?”sapa  Azrul yang sedang berlari-lari anak untuk ke keretanya.Haidar mengerutkan dahinya tanda tak faham.
“Kau cakap apa ni?Kenapa dengan Kamilia Azrul?”
“Macam mana kau boleh tak tahu.Hampir satu kolej ni dah tahu Kamilia kemalangan tadi.Sekarang dia betul-betul kritikal.Jom lah,aku nak pergi hospital ni.”
Tanpa sebarang persoalan Haidar terus mengikut Azrul ke hospital.
“Kamilia tak pernah cintakan lelaki lain sejak dia kenal dengan kau Haidar.Dia sayang sangat kat kau.Dia sengaja tipu yang selama ni dia tak pernah cintakan kau.Tapi,aku rasa kau dah tahu kenapa dia sanggup tipu kau kan?”.
Sebaik saja mendengar penjelasan dari Syafika,Haidar meraup mukanya tanda kesal.Di fikirannya sekarang hanya terbayangkan wajah Kamilia saja.Dia benar-benar ingin bertemu Kamilia.Sejujurnya,dia sendiri tak dapat terima kata-kata yang diucapkan Kamilia tempoh hari.Sepanjang hubungannya kembali terjalin bersama Alisa,wajah Kamilia masih lagi tak lekang di kotak fikirannya.Biarpun adakalanya dia sengaja membuat muka benci bila terserempak dengan Kamilia,tapi dalam hatinya,dia sebenarnya terlalu rindu untuk menatap wajah Kamilia Aryna.Perasaan benci itu cumalah dibuat-buat sebagai tanda dia marah dengan apa yang telah dilakukan oelh Kamilia.Biarpun hubungannya dengan Alisa sudah kembali terjalin,namun dia sejujurnya tak bahagia.Rasa cinta pada Alisa satu ketika dulu telah mulai pudar sikit demi sedikit sejak Alisa pergi meninggalkan dirinya untuk bersama orang lain satu ketika dulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terasa badanku lemah tak berdaya.Bunyi mesin penyambung hayat yang entah sejak bila bersambung di tubuh badanku begitu meresahkan aku.Aku cuba sedaya upaya untuk mencelikkan mata.Tapi,aku benar-benar tak mampu.Aku dapat menangkap suara tangisan seseorang yang teramatlah aku rindui.Ya,itu suara ibu.
“Keadaan anak makcik amat kritikal sekarang ni.Kami tak berani nak bagi apa-apa jaminan.Kita tunggu sampai esok pagi,kalau Kamilia masih tak beri apa-apa respon,pihak hospital terpaksa tanggalkan mesin penyambung hayat ni.”
Tangisan lain pula yang tertangkap di hawa telingaku.Suara garau itu teresak-esak menahan tangis.Ya Allah,sudah sampaikah ajalku Ya Allah.Jika benar,kau berilah peluang padaku untuk memohon keampunan dari ibu,abah dan sahabat-sahabatku.
Alunan surah Yassin semakin mendebarkan hatiku.Terasa semakin hampir ajalku.
Haidar,maafkan saya Haidar.Hanya Allah saja yang tahu betapa saya cintakan awak.Saya cuma nak tengok awak bahagia.Saya tak pasti apa yang buat awak menangis bila tengok keadaan saya macam ni.Mungkin tinggal rasa simpati.Kasih sayang awak mungkin dah lenyap sejak saya kata saya tak pernah cintakan awak hari tu.
Sesungguhnya aku tak mampu lagi melawan kesakitan ini.Terlalu sakit.Terasa tanganku disentuh lembut.
“Kamilia sayang,awak kena kuat.Awak tak boleh tinggalkan saya.Saya dah tahu perkara sebenar dari Ika.Awak tipu saya yang awak tak pernah cintakan saya.Tapi sebenarnya awak sengaja cakap macam tu sebab nak buat saya benci awak.Tolonglah Kamilia.Awak kena buka mata untuk saya.Kalau betul awak memang dah tak mampu nak bertahan lagi,tolonglah buka mata sekejap saja untuk saya.Lepas tu kalau awak dah tak mampu,saya redha Kamilia.Saya rindu nak tatap mata awak.Saya cintakan awak.Buka mata sayang…”
Hatiku dipagut sayu.Semakin kuat kedengaran sedu sedan Haidar.Airmataku berlinangan.Aku cuba sedaya upaya untuk membuka mata.Aku benar-benar rindukan Haidar.Mungkin ini adalah peluang terakhir bagiku.Aku nak tatap wajah ibu,sahabatku Ika dan Haidar buat kali terakhir.Dengan semangat yang masih bersaki baki dalam diriku akhirnya perlahan-lahan mataku dicelikkan.
“Makcik,Kamilia dah sedar mak cik,”
Haidar begitu gembira melihat aku sudah membuka mata.Ibu pula mencium dahiku bertalu-talu.Airmata ibu masih lagi berlinangan.Doktor Shahir tersenyum sambil menanggalkan alat penyambung hayat ditubuhku.
“Alhamdulillah awak dah sedar Kamilia.Saya tahu awak kuat.Saya janji saya akan jaga awak baik-baik lepas ni.Tolong jangan tinggalkan saya lagi.”
Mendengar kata-kata Haidar,terasa hatiku dipanah kesayuan.Mana mungkin kami dapat bersama.Lagipun aku takkan rampas kebahagiaan Alisa.Aku tahu Alisa benar-benar bahagia di samping Haidar. Segalanya mustahil.Aku benar-benar tak mampu bertahan lagi saat ini.Lidahku terasa kelu untuk berbicara.
“Kau jangan tinggalkan aku lagi Kamilia.Aku rindu kau sangat-sangat.”
Ika menggengam erat tanganku sambil menyeka air matanya.
Terasa kelopak mataku diletakkan gam.Sudah tak mampu untuk aku menahannya lagi.Aku cuba mengukir senyuman semanis yang mungkin buat tatapan mereka di sekelilingku.Akhirnya perlahan-lahan mataku tertutup rapat.Serentak itu mesin jangka hayat berbunyi nyaring tapi mendatar tanda aku sudah pergi buat selama-lamanya.
“Maafkan saya.Pesakit sudah meninggalkan kita semua.Allah lebih sayangkan dia”.
 Doktor muda yang tadinya  baru saja menanggalkan alat penyambung hayat ditubuhku menarik selimut perlahan menutupi wajahku.
Ruang itu akhirnya meledakkan suara tangisan siapa saja yang berada di situ.Suara ibu,suara sahabatku Syafika,dan yang paling ketara adalah suara Haidar.Haidar bukanlah seorang lelaki yang senang mengalirkan airmata.Apatah lagi untuk meraung kesedihan begini.
Selamat tinggal semua.Maafkan aku kerana tak mampu bertahan.Sudah tertulis di jalan takdir,aku pergi dulu sebelum kalian.Ibu,maafkan Kamilia sebab tak dapat nak cium ibu buat kali terakhir.Tapi Kamilia bersyukur sebab dapat tengok wajah ibu.Ika,kau adalah sahabat aku yang paling terbaik yang pernah mendampingi aku selama ini.Terima kasih sebab kau selalu ada dengan aku dalam apa jua keadaan.
Akid Haidar,ucapan sayang awak di saat-saat terakhir saya benar-benar menusuk ke setiap lohong hati saya.Biarpun saya dah tak ada lagi,sekurang-kurangnya awak tahu,saya sebenarnya cintakan awak.Itu sudah cukup buat saya tenang dalam lena yang panjang ini.Awak kena kuat untuk teruskan hidup tanpa saya.Cinta tak semestinya bersatu.Tapi mengenali insan yang bernama Akid Haidar adalah perkara yang paling terindah dalam hidup saya.Dan ianya umpama anugerah paling terindah buat saya biarpun bukan takdir saya untuk memiliki awak secara mutlak.Apa yang perlu awak tahu,cinta saya pada awak takkan pernah lekang dimamah masa biarpun saya bakal meninggalkan awak sejauhnya.Biarpun mata ini telah tertutup buat selamanya,cinta dan sayang saya tetap ada untuk awak.
Terasa aku sudah dijemput untuk ke alam lain.Aku perlu segera pergi.Tak sanggup aku untuk melihat wajah sugul insan- insan yang telah aku tinggalkan.Aku bukan lagi penghuni alam maya ini.Aku sudah kembali ke penciptaku.Ya,hakikat yang perlu aku terima dan aku perlu bersedia untuk menghadapi alam baru ini seterusnya meninggalkan Haidar buat selamanya.
-Tamat-


2 comments:

  1. sgt sweet n sayu ja this story :') Ya , cinta xsmesti bersatu :)i give 5rate ~

    ReplyDelete