PAGES

Sunday, January 13, 2013

rencah hidup kita~

assalamualaikum...



tentang hidup...

Hidup ini adalah persoalan tentang sejauh mana keadilan kita terhadap diri sendiri dan juga insan disekeliling.

Manusia telah dibekalkan otak bersama akal untuk berfikir sebelum membuat tindakan dan meluahkan perkataan.

Lidah manusia lebih tajam dari mata pisau andai syaitan yang menguasai lidah.Ungkapan bisa yang mampu menusuk hingga ke tulang hitam memusnahkan segalanya.

Allah tetapkan fitrah,qada dan qadar untuk setiap hambaNya.Allah kurniakan nikmat keselesaan,kebahagiaan,kekayaan dan lebih bermakna apabila Allah kurniakan keimanan yang cukup sebagai benteng nafsu yang membinasakan diri.

Perjalanan hidup ini memang penuh liku.Ibarat roda yang berpusing.Kita senang di atas,kita susah di bawah.Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang.

Setiap kesusahan dan kesengsaraan bukanlah sia-sia.Semuanya digantikan dengan nikmat yang tersembunyi tanpa bisa kita lihat dengan mata kasar.Tak pernah sesekali Allah menguji hambaNya dengan sesuatu dugaan di luar kemampuan diri.

Allah lebih mengetahui segala-galanya.Apa yang telah Allah atur,apa yang telah Allah rencanakan,semuanya ada hikmahnya.Apa yang penting,kita jangan terlalu takut untuk berhadapan dengan hidup,percaya pada ketentuan yang sudah tertulis untuk kita,redha dan terima dengan ikhlas...

Thursday, January 10, 2013

b u n t u

assalamualaikum..


Sementara menunggu mata aku mengantuk,dalam fikiran ni tiba-tiba terfikir,lepas grad diploma nanti mana arah tujuan aku..

sambung belajar?memang nak.tak puas lagi hidup sebagai seorang pelajar ni..haha...tapi nak study course lain..masalahnya kalau nak sambung degree kena ada MUET..ni MUET pun tak amek lagi..

kerja dulu?
ni la masalahnya..kalau kerja nanti,dah syok pegang duit sendiri,mesti da malas nk sambung study..

aduhai..

buntu-buntu.. -_-

I'm Truly Sorry ~

assalamualaikum..

sejak aku buat keputusan tu,aku tak rasa tenang langsung.
haishh..
ni lah akibatnya bila tak bertindak ikut perasaan..
apa yang aku dah buat ni..?
menyesalnya..

kepada insan berkenaan,tolonglah maafkan budak ni..budak yang suka ikut perasaan bila buat keputusan dan tindakan..tapi,kalau rasa terlalu besar salah aku ni untuk dimaafkan,ambik la masa banyak mana pun untuk terima maaf budak ni..

sekarang,aku dah sedar..
aku buat keputusan yang tak matang..
terlajak perahu boleh di undur,tapi kalau terlajak buat keputusan,padan muka hang!huhu..

~bila kita terlalu sayangkan seseorang,banyak perkara yang sepatutnya mudah,akan jadi payah..sebab,ego masing-masing yang tak mahu kalah..

Friday, December 28, 2012

makin bikin hati kosong~

assalamualaikum..

siang bertemu malam dan malam kembali bertemu siang..
semuanya sama..tak ada corak lain hari2 yang aku lalui..

segalanya aku kongsikan dgn Sang Pencipta..
tak ada rahsia antara kami..
setitis airmata aku yang tumpah pun tetap Dia mengetahui..

sunyi....
makin lama diri terasa sunyi yang teramat sangat..
tak ada yang fahami,nak dengar keluhan hati pun tak ada yg sudi..
mujur ada Allah SWT..
tiap saat tiap ketika dia selalu ada untuk aku..

cuma..
aku sunyi..
sunyi dengan corak hidupku sendiri..
dan segala apa yang sedang berlaku di depan aku,makin bikin kosong hati ni..

tak sabar rasanya nak kembali ke alor setar..
pelik...
bukan kah penang yang selalu aku rindukan..sekarang kenapa alor setar pula yang jadi rinduan..
biasalah..jangka masa dan jarak selalu menghidupkan rasa rindu..tak kesah la rindu terhadap apa sekalipun..

hurm...dah keterlaluan aku merepek..
dah boleh publish kot?hehe...

sayonara..

Saturday, October 20, 2012

kelegaan yang tiada bandingan ~

Assalamualaikum..

Sekian lama aku tinggalkan belog buruk kesayangan aku ni,tiba-tiba rasa rindu pulak nak meng update entry...

Actually otak aku dah hampir kering bila terpaksa berhadapan dengan kesibukan dunia seorang pelajar..aduhai..penat sungguh ! sem 5 ni memang paling mencabar kesabaran aku..

Semuanya berturut2,bertimpa2,bertindan2..tu diaaa..nak habaq mai kat ampa..
Adeh..
Sekarang dah boleh tarik nafas lega,Alhamdulillah..

Ö        Event technopreneurship
Ö        Program Anak Angkat Bersama Komuniti Kg Batu Dua
Ö        Wireless network final project presentation
Ö        Business plan presentation
Ö        Tcp/ip final project presentation
Ö        Report Program Anak Angkat
Ö        Documentation Hacking
Ö        Documentation network topology
Ö        Documentation Business plan
Ö        Web Programming Proposal
Ö        Web Programming Final Project Presentation

Haa...satu lagi belum selesai..
Mock interview..huhu..
Mula la nak ketaq lutut da ni..huhu..

Wish me luck..
Eh2..suka suki plak aku ni..final exam pun coming soon..so,belum tiba masa untuk suka suki lagi..hee :)

Wednesday, September 19, 2012

its all about my lovely adik :)

assalamualaikum..

tiba2 rasa nak bercerita pasal adik kesayangan aku ni..
first of all,let me introduce to u,my little sis,nana..
berkaca mata..
hitam manis kulitnya,lesung pipit di pipinya..haha..
itu la adik aku..nana..

since beza umur aku dgn adik aku ni 2tahun je,so fizikal kami sama ja besarnya..but...masih ramai yang sangka aku ni adik,dan dia kakak..haha..mungkin adik aku ni nampak lebih matang dari aku kot..

antara kami banyak persamaan..eh silap..banyak perbezaan..
pertama mestilah warna kulit..hehe..jangan marah nana..
second muka..yelah,adik aku muka mak,aku plak muka abah..hehe..

perangai??
panas baran,kaki pukul,gengster..hehe...oke2...gurau ja..

memang adik aku ni agak panas baran..ha..jangan main2 ngan budak ni..silap-silap makan la lempang dia..cehh..tak takot pon..

aku?panas baran tu ada,tapi tak sebaran adik aku..(okay..masuk bakul angkat sendiri)

aku sayang dgn budak ni..sayang sangat2.yelah..satu2nya adik yang aku ada.kalau korang nak tau,dia banyak beralah dengan aku..yelah..macam aku plak yang adik..
and yang buat aku sayang dia adalah,dia tersangatlah tak berkira..
aku selalu ja nak barang dia..pujuk +kecek sikit2,dia terus bagi..baik kan budak ni?----kembang kempis hidung dia if dia baca entry ni.. :p

tu time kami baik..time gadoh???pergh..malas nak cerita..tarik muka 29 inchi..ha..puas!

eh jap2..cuba korang perhatikan bentuk gigi kami..sama kan?memey ar..nama pun adik kakak..gigi kapak bapak besau punya..hehehe ...

2 hari lepas,birthday dia..sorry dear..no present for you..memandangkan bajet semput sikit bulan ni..next year,claim ok?

okay lah..mata pun dah layu..adiossss :)

Monday, September 17, 2012

sampai bila fyda?

assalamualaikum..

manusia dan melakukan kesilapan itu tak pernah terpisah..
dah nama pun manusia yang tak pernah sempurna kan..mestilah ada buat silap..
tapi silap aku ni buat aku kutuk diri aku sendiri..

"bodoh la hang ni fyda!"

-ok,memang pun ---buat muka lapaq penampaq sat..

aku dah buat silap tu banyak kali,and the best part is,aku terus ulang dan ulang silap tu..
hurm..apa nak jadi entah la dgn aku ni..
memang tak kan ada sapa yang akan tahu apa silap aku tu..hanya aku dan Allah yang tahu..

serious wei,aku ni lemah!
macam lalang..tak teguh..dan most of the time aku mmg cepat terpengaruh..

kadang2 aku duduk sorang2,fikir pasal diri aku ni..
teruk!
ishhh..teruk sangat!

sekarang pelan2 aku cuba nak kumpul kekuatan diri..kalau selama ni aku banyak bergantungan pada orang lain,tapi kali ni,aku cuba berdiri atas kaki aku sendiri..berani buat keputusan..berani keraskan kepala..---sikit ja..

semoga aku dapat kekuatan tu sepenuhnya..dan yang paling penting,aku tak mau ulang kesilapn bodoh aku tu lagi...never ever ever ever..ceh..macam lagu taylor swift pulak dah kedengaran nya..huhu..

adiosss ...

Tuesday, September 11, 2012

Salam Takziah: Yasmin Hunwick

assalamualaikum..

selama aku dlm dunia blogging ni aku banyak dapat info pasal orang lain..tak kesah la orang tu artis ke,ahli politik ke or ahli nujum..
actually,apa yg nak aku kongsikan dengan korang suma adalah pasal seorang blogger yg telah kembali ke rahmatullah pada June lepas..
sangat sweet dan cantik orangnya..malah tersangatlah berbakat ..



bila aku dapat je link blog dia,aku terus go through satu persatu entry2 yang arwah post..entry yg latest di update oleh ibu arwah..that means,sekarang ni ibu arwah yg update kat blog arwah ni..

seriously,hati aku tiba2 jadi sayu semacam..
bila terbaca kisah arwah blogger YASMIN HUNWICK   atau nama sebenarnya YASMIN JOHAN yang menemui ajal pada usia 17 tahun akibat kemalangan..
beberapa minggu sebelum menemui ajalnya,arwah seolah2 tahu yg dia akan mengadap ilahi..

arwah upload gambar buku ni di istagram.."Beginikah Rasanya 7 malam pertama di alam kubur"

and arwah ada tweet mengenai mimpi buruk yg dialaminya di laman twitter.


arwah telah mengalami kemalangan ketika membuat pusingan 'U' di Padang Gaung Langkawi dan dirempuh oleh sebuah van pelancong.dua orang rakan arwah turut menemui ajal.Diorang naik motosikal 3 orang sekali gus..

Ajal maut tak kira usia..muda atau tua.kalau dah ditetapkan bila ajal kita,sesaat pun tak kan terlewat...dan kita sendiri tak akan tahu bila kita kan menemui ajal,cuma yang kita tahu,mati itu pasti ..sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat..AL_FATIHAH...

*arwah Yasmin Hunwick adalah pemilik blog http://misschronicz.blogspot.com/..