PAGES

Thursday, August 30, 2012

selamat hari lahir,mak~

assalamualaikum...


30th Ogos 1961
tarikh indah seorang insan yg dah bergelut melahirkan aku ke dunia ini..tarikh di mana dia juga buat pertama kalinya melihat dunia..

sekarang,hari ini dan saat ini,30th Ogos 2012..
usianya sudah mencecah 51 tahun..
masih gigih bekerja mencari rezeki buat anak2 tersayang disamping suami tercinta..
tak pernah kenal erti lelah,tak pernah kenal erti putus asa..semuanya utk anak2nya..

insan itu adalah ibuku sendiri..Shatariah Bt Din..insan yang paling dekat dihati aku selain abah..insan yg paling cepat menyentuh perasaan aku jika sesuatu berlaku padanya..insan yg paling layak utk aku sayangi dan cintai..

selamat hari lahir mak..
untuk saat ni,hanya Allah saja yg tahu betapa mak berharga dalam hidup anak mak ni..
insyaAllah,andai diizin Allah,esok anak mak ni akan balik ke penang,then kita sambut birthday mak..

semoga pada tahun2 mendatang,mak akan sentiasa dilimpahkan rezeki,diberkati oleh Allah SWT selalu..dan semoga keluarga kita sentiasa bersatu tak kira apa pun yg terjadi sbb FAMILY kita adalah satu2nya harta yg paling berharga yg kita punya..

-selamat hari lahir ibuku tersayang,i love you so much-


Tuesday, August 28, 2012

aku bersalah!

assalamualaikum..


saat ni rasa macam dihempap batu besar atas kepala..bengong sekejap!

masalah datang lagi..aku terperangkap atau aku yg cari nahas sendiri?
aduhai..berombak dada ni macam nak pecah saja..
aku dah buat salah..dan aku tahu,aku sebenarnya mangsa keadaan..tapi diri aku sendiri tak boleh terima apa pun alasan..aku tetap salah..aku bukan seorang yang baik!

mata nak pejam,tapi fikiran sarat dengan masalah..
atau aku saja yang buat teruk?
Ya Allah..kenapa lah aku jadi macam ni..
Sumpah!aku menyesal sangat..kalau la masa boleh diundur,aku janji,aku takkan ulang salah tu lagi..

macam-macam hal jadi..
kat sapa aku nak luah?sapa pun takkan faham..nak hentam aku lagi ada la..
nak menangis buat apa?bukan boleh selesai masalah..
jalan yg aku nampak hanya Allah..Doa..Seikhlas hati mohon kesalahan aku diampunkan..
sedih sangat,Allah saja yg tahu .. :'(



Wednesday, August 15, 2012

SALAM AIDILFITRI

assalamualaikum..



sempena aidil fitri yang bakal tiba lagi 2-3 hari je lagi ni,jari-jemari ni tiba2 rasa nak meninggalkan beberapa coretan buat pembaca belog fyda ni..tu pun kalau ada pembaca..hehe

alhamdulillah,Allah masih beri peluang utk fyda menemui ramadhan utk tahun ni..
even ramadhan kali ni,serba serbi amalan hanya dlm kadar sederhana..agak menyedihkan la jugak..huhu

esok,lepas zohor,insyaAllah fyda akan bertolak dari alor setar ke kampung halaman,penang..doa2kan keselamatan fyda dan kawan2 yer..moga2 selamat pergi dan selamat sampai..KDB pun dah siap polish..tunggu nak tunggang je..hehe..

di kesempatan ni,fyda dengan rasa rendah hati,memohon kemaafan dari semua yg mengenali fyda..andai ada terlanjur perkataan,terhiris perasaan,harap2 dimaafkan..mungkin dalam sedar atau tak,fyda ada buat salah ,harap sgt dimaafkan semuanya.manalah tahu tak sempat nak mintak maaf kan..

buat sesiapa yang rasa ada menyakitkan hati ni,jangan risau..seikhlasnya anda2 telah pun dimaafkan..

hurm..sayu pulak hati ni nak tinggalkan ramadhan..tahun depan entah dapat jumpa ramadhan lagi ke tak..

oklah..takat sini dulu..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN..

-CIK PELANGI-

Saturday, August 4, 2012

DEJAVU

assalamualaikum..

sejak terdengar lagu ni,terus fyda jadi minat..mungkin sebab lirik lagu ni berjaya menyentap hati fyda kot..

melodi yg mendayu2,dengan suara penyanyi dia lagi..memang terbaik..sesuai utk layan jiwa yg sedih2..kalau nak lebih feel,u all boleh la layan movie Aku,Kau & Dia kalau belum tengok la....
lagi berganda feelnya..hehe


Lirik Lagu Shila Amzah – Déjà Vu ( OST Aku, Kau & Dia )



Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta


Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
( Ulang chorus )
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta
Lagu : Sharon Paul
Lirik  : Imillya Irwani 

Thursday, July 12, 2012

my favourite quotes :)

assalamualaikum..
gambar2 kat bawah ni antara koleksi ayat2 power favourite fyda..
lihat,baca,fahamkan ... :)












Tuesday, July 3, 2012

bila orang tak hargai perasaan kita~

assalamualaikum wbt..

pernah tak u all rasa diri u all macam tak dihargai and langsung tak dipeduli..sedih kan?macam tu apa yg fyda rasa sekarang ni..

kadang-kadang tu kita bukanla nak orang hargai kita bagaikan puteri raja,tapi sekurang2nya hormat perasaan kita sebagai makhluk Allah yg sememangnya berjiwa tipis ..perempuan kan..tapi sayang,nobody will understand this feeling..they just ignore and take it as rubbish!

mungkin bagi sesiapa yg tak memahami akan anggap entry ni bernada cengeng..ya,memang fyda akui,fyda cepat terasa...tapi bagi sesiapa yg faham macam mana perasaan bila kita tak dipedulikan mesti dapat rasa perasaan tu..

hidup memang tak selalunya indah..walaupun kita harapkan perjalanan kita kat dunia ni aman je tanpa perlu rasa sedih,tapi tu sebenarnya hanya impian yg mustahil..setiap manusia,adam atau hawa akan merasai perasaan sedih yang adakalanya mengundang air mata..

saat kita harapkan seseorang disisi kita untuk mendengar luahan hati,seorang pun tak sudi menghampiri..kadangkala perasaan yang mudah benar tersentuh ni merimaskan..kan bagus hati ni jadi keras bak batu..so that,apa saja perlakuan menghiris perasaan kita,kita tak rasa pedih..tapi kalau hati dah keras bak batu,susah pulak nanti..no heart feeling at all..tak best jugak kan..

oh hati..berapa lama lagi harus ada rasa sedih ni..cepat2 la kau pergi... :'(

Monday, June 11, 2012


Salam..
Alhamdulillah..dah cukup 20 tahun umur fyda hari ni..Terima kasih Ya Allah,untuk hayat ku selama 20tahun ini..Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk menikmati hidup ini lagi..thanks pada semua kawan2 yang wish..love u all..

Walaupun fyda dah dapat “bday present in advance” yang betul-buat buat hati ni sedih,tapi fyda redha dan ikhlas dengan takdir Allah..ada hikmah disebalik semua ni..

Apa2 pun fyda dah 20 Tahun!Dah terasa makin tua diri ini..hehe ..dan apa yg penting adalah untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik,InsyaAllah...

Dan permulaan yang baru bakal bermula..Ya Allah,kau permudahkanlah jalan baru hambaMu yang kerdil ini..Jangan biarkan aku tergelincir lagi dalam mencari redhaMu..Sesungguhnya aku Cuma hambaMu yang kerdil..Amin~

Friday, June 8, 2012

Bila Hilangnya Akal Dan Hati Perut Seorang Manusia

salam..

just nak share something dgn u all..
haish..
Speechless..tak tahu nak rungkaikan lepas baca something kat dua-dua link ni...
sedih,marah and kesian bila tengok kucing-kucing ni didera..
yang dera kucing2 tu MANUSIA..but rasanya tak layak untuk digelar MANUSIA..
apa dosa kucing-kucing pun tak tahu la..tergamak diorang buat kucing2 ni sampai tahap ikat getah kat kaki kucing ni...yang seekor lagi pulak kena cucuh rokok kat mata,tak cukup dengan tu mulut kucing tu diletakkan gam!kejam tahap dewa!tak dapat bayangkan betapa terseksanya kucing2 ni..

mungkin sebesar-besar kesalahan kucing-kucing ni curi makanan .tak pun berak or kencing kat rumah diorang....alahai..nama pun haiwan..mana ada akal..tapi sedih!MANUSIA yang dah dikurniakan akal,sanggup buat sesuatu yg diluar batasan dan tersangatlah melampau..

u all boleh refer kat dua2 link ni untuk tahu apa dah jadi dengan kucing-kucing ni..



p/s : pendera2 haiwan ni patot di kenakan tindakan yang lebih tegas,sesuai dengan perbuatan diorang yang tak berperikemanusiaan terhadap haiwan tu..serius sakit hati!