PAGES

Thursday, March 15, 2012

basikal fixie yang makin digilai remaja

assalamualaikum buat pembaca belog pelangi fyda..
terima kasih sebab masih merajinkan jari jemari anda untuk singgah kat belog fyda ni..

basikal fixie?
mesti u all dah dapat bayangkan macam mana rupa bentuk basikal ni kan?


okay..bagi yang baru nak kenal dengan basikal fixie ni,jom kita baca 10 fakta menarik tentang basikal ni.
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.


bila dah tengok budak-budak zaman sekarang ni naik fixie,tiba-tiba rasa teringin pulak nak try naik fixie..
ade sesape yang baik hati nak bagi pinjam fixie ni kat fyda tak?sehari pon jadi lah..hehe..berangan je lebih ..

basikal tua yang tetap awek muda..hehe
*tips bagi adik2 yang tak cukup duit lagi nak beli fixie ni.. 
basikal tua kat atas ni kalau ubahsuai jadi fixie pun boleh kan??tukar tayar fixie,pastu spray bagi colorful sket.jadila fixie kan?haha :)

Sunday, March 11, 2012

susah ingat jalan~

salam..

setiap manusia yang bernyawa di atas muka bumi Allah ni mesti ada kelemahan kan?cuma kelemahan tu ketara dan tak ketara je kan?
U all semua mesti dah boleh agak apa yang nak fyda taip untuk entry kali ni..
pasal kelemahan ketara fyda..
kelemahan yang sentiasa bermain di ruang legar otak ni..haha..,memang tak boleh blah kan?

pada yang dah kenal fyda ni,mesti dah tau kelemahan fyda yang satu ni..
kelemahan yang tak dapat dinafikan lagi!
kalua u all nak tahu fyda ni tersangatlah pelupa!
pelupa apa?
fyda ni memang lemah dalam mengingati jalan..tak kesah la jalan kat mana pon..
u all bayangkan la,dah nak masuk 2tahun fyda kat alor star ni,tapi jalan2 kat alor star ni still tak boleh nak ingat..
penah satu hari tu, dgn confident ,fyda sesuka hati je pegi CITY PLAZA sorang2..malam pulak tu..
buat ape?mase tu fyda nak ambil gambar untuk buat lesen.

mase nak balik tu,boleh pulak tak ingat jalan..masuk jalan ni,keluar jalan tu..pi mai2 tang tu jugak..apa lagi..gelabah biawak la..pusing punya pusing,alhamdulillah..jumpa jugak jalan nak balik..naseb baik ade sign board,kalau tak,tak tau la ape jadi kat fyda..
sebenarnya tu la akibatnya bila tak alert dengan jalan2 kat alor star ni..padan muka kan??hehe

since kejadian tu,fyda dah tak berani keluar sorang2 dah..takot sesat lagi..
kadang2 terfikir gak..otak ni tak berjalan ke atau fyda yang memang lembab bak nak ingat jalan2 ni..
umur dah 20,tapi still susah nak menghafal jalan..adoyai..
lepas ni mata kena meliar sikit tengok jalan,pastu hafal..tak la jadi blurr dah pas ni..
actually jalan kat penang ni pun cek belum hafal..haha..memalukan betul..
so,pada sape2 yang berniat nak jadikan fyda ni "tour guide" sila lupakan niat anda sebelum anda pun tersesat sama..hehe..oklah..thanks for reading this :)

Friday, March 9, 2012

monolog hati ~tentang perasaanku...


SALAM..
Entry kali ni lebih kepada monolog fyda dengan diri sendiri..
Sejak akhir-akhir ni,hati cepat betol terasa..ish..kekadang rasa rimas pulak dengan perasaan sensitive yang melampau ni..

Bila dah asyik terasa,semuanya terpendam dalam hati je.tak tahu nak luah kat sape..
Kadang-kadang bila kita buat salah.kita tak sedar..dalam percakapan,dalam gurauan yang kita anggap biasa,tapi bagi orang lain luar biasa..
Dan mungkin mengurang “bercakap” itu lebih baik..

Manusia takde yang sempurna,termaksuk fyda.Sape yang mampu nak puaskan hati semua orang..sape yang mampu nak jadi sempurna di mata orang lain..

Salah ke kalau kita jadi sendiri.
Mungkin tu lebih baik dari jadi manusia hipokrit..
Manusia mana yang tak pernah ada ego?
Mesti ada kan even sikit..

Ego tu kadang-kadang perlu ada,kadang-kadang perlu di abaikan untuk kebaikan.Tapi orang kata ego tu memusnahkan.betul kan kata orang?
Tak rugi pun kalau ketepikan ego..kalau untuk kebaikan..jika rasa diri tu selalu betul tak pernah buat salah,ingat la sama,kita ni manusia biasa je.tak salah di mata kita,tapi mata orang lain..
-SALAM-

Sunday, February 26, 2012

Pagiku Yang Lebih Bermakna

salam..

hari ni rasa terlebih baek dari biasa.lepas solat subuh fyda tak tido seperti kebiasaannya..haha..
mungkin sebab rasa ketenangan dalam rumah sewa ni kot..

alhamdulillah,semalam apa yang belum "settle" dah  selamat di "settle"kan dalam rumah sewa ni..antara rasa yang terpendam dan dipendam semua dah diluahkan..mungkin kami sepatutnya buat perbincangan dari hati ke hati ni awal-awal lagi..yelah,lebih baik dari sekadar pendam dalam hati then bertambah sakit hati kan?

dari apa yang fyda belajar dari peristiwa semalam , semua perkara yang tak puas hati,elok cakap straight to the point ,lebih baik dari cakap belakang..tak pasal2 dapat topup "free dosa" kan?
dan ketenangan tu adalah lepas kita memaafkan seseorang..
dalam persahabatan,ego tu patut dibuang jauh-jauh..
and yang paling penting,jangan sesekali pentingkan diri..

fyda harap,lepas ni keadaan bertambah baik dan kami semua dalam rumah ni happy-happy je.. tak nak dah gaduh-gaduh..InsyaAllah :)

Saturday, February 25, 2012

darwisy buah hati makcik :)


salam..

dah lame tak menjenguk belog ni..bukan pe,bile nak post entry baru,tibe2 mood malas untuk menaip tu datang..ish..nak post entri pun kena tunggu mood rajin..

oklah..untuk entri yang the latest ni,fyda nak share dengan u all semua pasal si kecik darwisy haziq ni..anak saudara fyda yang pertama..excited giler kot dapat first anak saudara..

darwisy lahir pada 1february2012..
tak senang duduk fyda kat kolej bile adik fyda call bagitau yang kakak fyda dah selamat bersalin..rasa macam nak terus balik penang je..

dengan lahir nya darwisy maka dengan rasminya fyda bergelar seorang makcik!hehe..
happy sangat2..Alhamdulillah,setelah 9bulan lebih tunggu,akhirnya lahir jugak Darwisy ke dunia..

dan macam biasalah,sejak bergelar makcik ni,kalau boleh,every week nak balik penang..yela,asyik rindu je kat si kecik ni..rasa macam nak tinggal pun berat hati semacam..
hari ni,darwisy dah berusia 26 hari..
tak sabar pulak nak tunggu dia besar..

oklah u all..rasanya takat sini dulu entri fyda..
assalamualaikum :)

Saturday, February 4, 2012

oh hamster ku sayang!

salam...

boring betul duduk kat rumah hari ni..asyik online,n tengok tv je..so,sementara tengah ada mood ni ,fyda pun merajinkan diri cuci sangkar hamster fyda..

busuk??memang busuk..tapi nak fyda dah biasa dengan bau tu..hehe..kalau tak cuci lagi lah busuk kan..

yang sedihnya,dulu ada 3 ekor...tapi sekarang tinggal seekor je...

semua ni angkara meow2 jiran2 yang notty..sampai hati meow2 tu ngap hamster fyda..yang seekor lagi kena makan,seekor lagi meow2 cakar..then akibat kena cakar tu,dia pun mati..

sadis betul..akhirnya tinggal la seekor je..kesian pulak kat dia..tak de kawan..tapi nak buat macam mana..kalau beli banyak2 pun tak pasal2 meow2 ngaapp lagi..

tapi fyda dah ambil langkah berjaga2 dengan menggantungkan sangkar kat tempat yang lebih tinggi..so that meow2 yang notty tu tak leh kacau hamster fyda dah..

anyways,thanks to my sis yang sudi jaga hamster fyda ni..yela,fyda seminggu or 2minggu sekali baru balik penang..niat di hati memang la nak bawak hamster ni kat rumah sewa,tapi bila fikir2 balik,sape lak nak jaga kalau semua kawan2 balik kampung nanti..



actually,fyda beli hamster ni masa cuti sem tahun lepas..yela..rasa boring sangat2 duk kat rumah..so,fyda pun beli la hamster ni..at least,fyda ada teman nak main bile bosan2..hehe..

yang  tinggal seekor ni nama dia Henry..kesian dia awek dia and kawan dia Cleo and Junior dah mati..tinggal la dia sekor kat sangkar pink tu..

kalau la Henry ni pun mati gak,fyda terima je la takdir..nak buat macam mana kan...tapi buat masa sekarang nampak Henry sihat je..hope terus sihat la ye ..


Saturday, January 14, 2012

semangat baru !

salam...

ape khabar u all semua..hope sehat2 belaka lah ye..

hari ni 15.1.2012..
uish..cam tak caye je dah 15 hari kita dalam tahun 2012 ni..masa semakin pantas berlalu detik demi detik tak terasa pun kan..

rasanya tahun 2012 ni dah boleh pulihkan kelukaan dalam tahun 2011..
mungkin ini adalah tahun untuk fyda bangkit semula..bangkit dari kelemahan yang fyda ciptakan sendiri..huhu..

banyak azam yang perlu fyda capai dalam tahun ni..
u all nak tahu azam ape?

hm...

semestinya la azam untuk mendaki semula ke pointer yang lebih selesa..lepas pointer jatuh menjunam,fyda rasa fyda dah tak boleh main2 lagi..cukuplah semua ni sebagai pengajaran untuk fyda..

soal cinta?
ketepikan dulu..banyak lagi masa untuk semua tu..

hati ni milik Allah sepenuhnya.mutlak!dan jika ada yang ikhlas untuk memiliki hati ni,biarlah Allah yang tentukan,insyaAllah..

untuk apa yang dah berlaku tahun lepas..pahit!rasa tak nak ingat lagi..

dan untuk mereka2 yang dah pernah buat fyda terluka,anda semua telah di maafkan..untuk ketenangan hati ni..tak guna berdendam..lagipun semuanya ada hikmah yang tersembunyi..

sekarang..fyda ada misi untuk di capai..dan harap semuanya berjalan dgn lancar walaupun perjalanan dalam tahun ni lebih mencabar fyda sebagai seorang gadis yang berusia 20 tahun...
sampai sini dulu..
thanks kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri fyda yang tak seberapa ni..
luv u all :)

Sunday, January 8, 2012

mainkan perasaan orang itu adalah satu seni~

salam..

ok..straight to the point fyda nk citer kat u all pasal tajuk entri kat atas ni..

"mainkan perasaan orang itu adalah satu seni"
-salah satu status kat muka buku yang membuat fyda membulatkan mata seketika..

okay..first,sorry to say lepas fyda baca status mamat ni,fyda terus block dia..
sebab?

-fyda tak pernah kenal dia pun.
-fyda sedang dalam proses menapis kawan2 muka buku ni..
-status dia agak kureng sebab fyda mmg pantang dengan permainan perasaan ni..

ceh..serius lak bunyinye kan..
padahal saje buat teruk fyda ni...haha..

lepas dah siap block mamat tu,fyda update lek status tu dgn menambah " errr...perlukah status camni??adess"

dia kata mainkan perasaan orang tu satu seni..
ape agaknya dia fikir tentang perasaan orang ek??
atau dia ni memang yang jenis tak de perasaan??
sungguh pantang cik pelangi bile ade manusia yang "gemar bermain dgn perasaan"..
ok...mungkin dia sengaja update status camtu just for fun..thats fine..profile dia kan?suka hati dia la..tapi bila status dia muncul di home fyda,sorry to say la...but,its totally makes me angry..

cik abang oi..
kalau betul sekali pun permainkan perasaan orang tu satu seni,tapi kena la ingat sikit,sebenarnya tu seni yang sangat menyakitkan hati orang tau tak?

macam2 betul la..adoi..
okla..malas nk membebel panjang2...
heee..