PAGES

Saturday, May 26, 2012

cinta dan kupu-kupu ~

assalamualaikum ~


alhamdulillah,akhirnya tamat sudah final exam kemarin..dan ini lah masa yang paling fyda tunggu...lapangnya dada..rasa macam dunia ana yang empunya..hahahahahaa..opsss..over pulak..sorry!

okay2,sekarang bukan masa nak sembang pasal exam dah habis tu..jom kita sembang pasal CINTA dan KUPU-KUPU...



Cinta?Kupu-kupu?kenapa?ada kena mengena ke dua subject berbeza ni?Ya,memang ada kena mengena antara satu sama lain..kenapa?

cinta itu seperti kupu-kupu..makin dikejar makin ia lari...
dan zaman sekarang ni ramai yang terlalu taksub mengejar cinta..dan disini penulis entry jugak tak terkecuali mengejar cinta pada masa yang lepas2..(paham2 jelah sape penulis entry tu..)

bila dah terlalu mengejar cinta tanpa kita sedar yang cinta tu makin jauh dan menjauh..macam kita kejar kupu2 la,makin kita kejar,makin jauh kupu2 tu terbang kan...
hakikatnya kita tak sedar,kita dah banyak buang masa sebab mengejar sesuatu yang bukan ditakdirkan buat kita..
Cinta yang sejati hadir tanpa dipaksa..tanpa di duga..hanya Allah SWT yang tahu siapa pemilik hati kita..
memang,kita digalakkan untuk berusaha untuk dapatkan sesuatu yang kita ingin miliki..tapi berbaloi ke kalau orang yang kejar tu sebenarnya tak hargai cinta kita?buat penat je kan?at last,orang yang kita sanjung,sayang,cinta,angkat kaki macam tu je..tinggal la kita terkontang-kanting..

masa tu baru lah nak salahkan takdir..kata takdir tak adil lah..itulah..inilah... then update status ayat frust menonggeng..perlu ke buat semua tu?sebenarnya terima kenyataan itu lebih indah dari meresahkan hati fikirkan sesuatu yang dah pergi..



cinta hakiki yang tak pernah hilang..yang tak perlu kita kejar..yang sentiasa ada dengan kita tak pulak kita hiraukan..tak pulak kita hargai..padahal cinta dari ALLAH SWT itu adalah segalanya.DIA lah pemilik hati sebenar kita..sentiasa ada dan kekal abadi..tapi sayang,kita lalai tentang hakikat cinta sebenar tu..

so jangan sedih..kalau bila orang yang kita sayang tu tak nak dengan kita..berdoa,redha,sabar dengan ikhlas..InsyaAllah,lambat laun Allah akan gantikan dengan seseorang yang lebih baik untuk kita..Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Tak kan lari kemana rahmatNYA kalau kita sentiasa ingat padaNYA..dan Allah pun takkan timpakan ujian kalau hambaNYA tak mampu nak pikul..tak akan sama sekali..


Ingat..jangan terlalu kejar cinta..nanti makin jauh ia lari tinggalkan kita.kalau ada jodoh takkan kemana..InsyaAllah~

p/s : entry ni untuk diri sendiri jugak dan sekadar perkongsian buat semua follower belog ni..adioss~


Thursday, May 24, 2012

last payyperrr,enjoy,and move on!

assalamualaikum...



esok,last paper..statistic..and yang bestnya sekarang fyda belum start study lagi..
alahai..sumpah tak de mood..and ini adalah simptom yang biasa bila student nak jawab paper yang last.al maklum lah asyik terbayang cuti je kan..hehehe...

cuti semester ni fyda nak gunakan sepenuhnya untuk siapkan 10 buah cerpen fyda untuk satu contest penulisan tu..kalau sempat siap alhamdulillah..boleh la hantar..tapi kalau tak sempat,alamatnya peram dululah semua cerpen-cerpen tu..

tapi niat di hati memang nak sangat cuba masuk contest tu.yelah,walaupun penulisan fyda belum cukup hebat jika nak dibandingkan dengan penulisan orang lain,tapi tak salah kan kalau nak cuba..untuk majukan diri sendiri jugak..


ok..sampai sini dulu update untuk entry kali ni..insyaAllah,lepas ni fyda akan lebih rajin untuk update..doakan fyda untuk paper statistic esok ye..luv u all....adiosss~

Sunday, May 20, 2012

kurus sangat ke???

Assalamualaikum..
Sejak balik penang ni,boleh dikatakan hari-hari mak komen yang fyda nie semakin kurus and cengkung..aduhai..nak buat macam mana mak,sejak akhir2 ni memang anak mak tak berselera sangat nak makan..

Makan bila lapar je..tambah2 lagi bila nak dekat final exam ni..study sampai tengah malam..tapi tak sangka la pulak berat badan ni boleh turun mendadak..bayangkan la,dulu masa semester 1 berat  fyda 60kg..perghh..memang bulat la kan..pastu turun 56kg..then sekarang tinggal 50 kg je...kadang2 terfikir gak nak buat medical check-up..mana la nak tahu kan..kot2 ada something wrong dengan fyda ni..tapi harap2 semuanya ok la..huhu..

mak cakap kalau kurus cengkung macam ni nampak tak lawa..huhu..tak pelah..tak kisah pun..kita ni memang tak lawa pun..terima je lah..then kawan2 pun cakap,fyda kurus sangat..bila tengok kat cermin,erm..baru perasan yang badan ni nampak tulang je lebih..tak boleh jadi ni..nanti jadi bongkok lak..
So,misi fyda untuk naikkan semula berat badan ..bukan apa..dah tak larat nak dengar mak membebel cakap fyda ni kurus sangat..cuti sem dah nak start ujung bulan ni..insyaAllah,bila hari2 makan masakan mak yang tersayang,berat fyda akan naik..hehe..jalan lain?APPETON?oh tidakk...tak mau2,,,heheehe..
Doa2kan yer J

Sunday, April 15, 2012

Tanda-Tanda Allah Sayang Kita

♥ TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA ♥


Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.


Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.


Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.


Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.


Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.


Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.


Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.


Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.


Kasih Allah Kasih Sejati, ♥ ♥ ♥

Saturday, April 14, 2012

Tuhanku....saat aku menyukai seorang sahabat.......

Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir. 
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU. 
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.

Friday, April 13, 2012

kembali seperti biasa,tapi.....

salam..

hidup ni kembali seperti biasa..
kembali kosong dan tak bermakna.tapi buat apa nak bersedih..
mungkin dah ketentuan dari Allah untuk insan yang bernama Rafidah macam ni..

yang dilepaskan pergi,biarkan pergi..
biarkan dia rasa kebahagiaan yang sememangnya milik dirinya..

walaupun sejak akhir-akhir banyak sangat dugaan yang datang,tapi sebagai seorang hamba Allah yang kerdil,fyda anggap semua ni sebagai proses untuk mematangkan diri..proses untuk latih diri fyda yang terlalu cengeng ni supaya lebih kuat..

sekarang,fyda nak teruskan apa yang terhenti sebelum ni..
tentang perasaan?
takpe..fyda dah biasa hidup macam ni..
cuma perlukan masa untuk kuatkan hati ni supaya jadi macam dulu..
dan yang paling penting sokongan dari kawan2...

p/s: masih perlu walaupun dah berlalu..tak pernah salahkan sesiapa :)

Thursday, April 12, 2012

Tak Mudah,Tapi Indah


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita...


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat


Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri...


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bahagian dari penyucian diri...Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi..


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kejayaan kita..


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya...


Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat...


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya...Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya.

Sunday, April 8, 2012

bak balik purse saya!

Salam...

aduhai..macam-macam perkara jadi hari ni..

tadi beg duit fyda hilang masa tengah Karok kat CP...opsss..KAROK?ish3....padan muka kan?sapa suruh gatal nak melalak sangat..kan dah tertinggal purse...
hmm...
sekali IC,kad bank,lesen,gambar kawan2...adeh...
duit nak bayar motor fyda,duit belanja,duit upah basuh pinggan yg mak bagi..opsss...ok..mak bagi upah basuh pinggan semalam..huhu...

tak kesah la duit tu orang ambik pun..memang harapan nak dapat purse dengan duit tu tipis sangat2..so,tak payah berharap sangat kot..redha ja lah..dah bukan rezeki fyda..

tapi......bak la balik purse fyda tu..
nak amek duit,amek laaa...tapi bgi la balik purse tu..

Tadi sempat gak la buat solat hajat,semoga terbuka pintu hati orang yang jumpa purse fyda tu untuk bagi balik purse tu.at least letak la dalam PETi Pos ke..Leh la posmen tolong hantarkan balik purse tu...hm..tapi...entahla..mcm mustahil ja nak dapat balik..

esok macam2 benda kena buat..
nak kena pegi JPN,JPJ,Bank...
aduhaii...semoga ada hikmah di sebalik dugaan yang Allah bagi ni..

p\s-Ya Allah,andainya musibah yang menimpa aku pada hari ini adalah tanda kasihMu padaku,aku redha Ya Allah...Andai musibah ini adalah untuk sedarkan aku dari lalai dalam mengingatiMu,ampunilah hambaMu yang selalu leka ini..Sesungguhnya Kau Maha Pengampun..Amin...~