PAGES

Monday, June 11, 2012


Salam..
Alhamdulillah..dah cukup 20 tahun umur fyda hari ni..Terima kasih Ya Allah,untuk hayat ku selama 20tahun ini..Terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk menikmati hidup ini lagi..thanks pada semua kawan2 yang wish..love u all..

Walaupun fyda dah dapat “bday present in advance” yang betul-buat buat hati ni sedih,tapi fyda redha dan ikhlas dengan takdir Allah..ada hikmah disebalik semua ni..

Apa2 pun fyda dah 20 Tahun!Dah terasa makin tua diri ini..hehe ..dan apa yg penting adalah untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik,InsyaAllah...

Dan permulaan yang baru bakal bermula..Ya Allah,kau permudahkanlah jalan baru hambaMu yang kerdil ini..Jangan biarkan aku tergelincir lagi dalam mencari redhaMu..Sesungguhnya aku Cuma hambaMu yang kerdil..Amin~

Friday, June 8, 2012

Bila Hilangnya Akal Dan Hati Perut Seorang Manusia

salam..

just nak share something dgn u all..
haish..
Speechless..tak tahu nak rungkaikan lepas baca something kat dua-dua link ni...
sedih,marah and kesian bila tengok kucing-kucing ni didera..
yang dera kucing2 tu MANUSIA..but rasanya tak layak untuk digelar MANUSIA..
apa dosa kucing-kucing pun tak tahu la..tergamak diorang buat kucing2 ni sampai tahap ikat getah kat kaki kucing ni...yang seekor lagi pulak kena cucuh rokok kat mata,tak cukup dengan tu mulut kucing tu diletakkan gam!kejam tahap dewa!tak dapat bayangkan betapa terseksanya kucing2 ni..

mungkin sebesar-besar kesalahan kucing-kucing ni curi makanan .tak pun berak or kencing kat rumah diorang....alahai..nama pun haiwan..mana ada akal..tapi sedih!MANUSIA yang dah dikurniakan akal,sanggup buat sesuatu yg diluar batasan dan tersangatlah melampau..

u all boleh refer kat dua2 link ni untuk tahu apa dah jadi dengan kucing-kucing ni..



p/s : pendera2 haiwan ni patot di kenakan tindakan yang lebih tegas,sesuai dengan perbuatan diorang yang tak berperikemanusiaan terhadap haiwan tu..serius sakit hati!

Saturday, May 26, 2012

cinta dan kupu-kupu ~

assalamualaikum ~


alhamdulillah,akhirnya tamat sudah final exam kemarin..dan ini lah masa yang paling fyda tunggu...lapangnya dada..rasa macam dunia ana yang empunya..hahahahahaa..opsss..over pulak..sorry!

okay2,sekarang bukan masa nak sembang pasal exam dah habis tu..jom kita sembang pasal CINTA dan KUPU-KUPU...



Cinta?Kupu-kupu?kenapa?ada kena mengena ke dua subject berbeza ni?Ya,memang ada kena mengena antara satu sama lain..kenapa?

cinta itu seperti kupu-kupu..makin dikejar makin ia lari...
dan zaman sekarang ni ramai yang terlalu taksub mengejar cinta..dan disini penulis entry jugak tak terkecuali mengejar cinta pada masa yang lepas2..(paham2 jelah sape penulis entry tu..)

bila dah terlalu mengejar cinta tanpa kita sedar yang cinta tu makin jauh dan menjauh..macam kita kejar kupu2 la,makin kita kejar,makin jauh kupu2 tu terbang kan...
hakikatnya kita tak sedar,kita dah banyak buang masa sebab mengejar sesuatu yang bukan ditakdirkan buat kita..
Cinta yang sejati hadir tanpa dipaksa..tanpa di duga..hanya Allah SWT yang tahu siapa pemilik hati kita..
memang,kita digalakkan untuk berusaha untuk dapatkan sesuatu yang kita ingin miliki..tapi berbaloi ke kalau orang yang kejar tu sebenarnya tak hargai cinta kita?buat penat je kan?at last,orang yang kita sanjung,sayang,cinta,angkat kaki macam tu je..tinggal la kita terkontang-kanting..

masa tu baru lah nak salahkan takdir..kata takdir tak adil lah..itulah..inilah... then update status ayat frust menonggeng..perlu ke buat semua tu?sebenarnya terima kenyataan itu lebih indah dari meresahkan hati fikirkan sesuatu yang dah pergi..



cinta hakiki yang tak pernah hilang..yang tak perlu kita kejar..yang sentiasa ada dengan kita tak pulak kita hiraukan..tak pulak kita hargai..padahal cinta dari ALLAH SWT itu adalah segalanya.DIA lah pemilik hati sebenar kita..sentiasa ada dan kekal abadi..tapi sayang,kita lalai tentang hakikat cinta sebenar tu..

so jangan sedih..kalau bila orang yang kita sayang tu tak nak dengan kita..berdoa,redha,sabar dengan ikhlas..InsyaAllah,lambat laun Allah akan gantikan dengan seseorang yang lebih baik untuk kita..Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Tak kan lari kemana rahmatNYA kalau kita sentiasa ingat padaNYA..dan Allah pun takkan timpakan ujian kalau hambaNYA tak mampu nak pikul..tak akan sama sekali..


Ingat..jangan terlalu kejar cinta..nanti makin jauh ia lari tinggalkan kita.kalau ada jodoh takkan kemana..InsyaAllah~

p/s : entry ni untuk diri sendiri jugak dan sekadar perkongsian buat semua follower belog ni..adioss~


Thursday, May 24, 2012

last payyperrr,enjoy,and move on!

assalamualaikum...



esok,last paper..statistic..and yang bestnya sekarang fyda belum start study lagi..
alahai..sumpah tak de mood..and ini adalah simptom yang biasa bila student nak jawab paper yang last.al maklum lah asyik terbayang cuti je kan..hehehe...

cuti semester ni fyda nak gunakan sepenuhnya untuk siapkan 10 buah cerpen fyda untuk satu contest penulisan tu..kalau sempat siap alhamdulillah..boleh la hantar..tapi kalau tak sempat,alamatnya peram dululah semua cerpen-cerpen tu..

tapi niat di hati memang nak sangat cuba masuk contest tu.yelah,walaupun penulisan fyda belum cukup hebat jika nak dibandingkan dengan penulisan orang lain,tapi tak salah kan kalau nak cuba..untuk majukan diri sendiri jugak..


ok..sampai sini dulu update untuk entry kali ni..insyaAllah,lepas ni fyda akan lebih rajin untuk update..doakan fyda untuk paper statistic esok ye..luv u all....adiosss~

Sunday, May 20, 2012

kurus sangat ke???

Assalamualaikum..
Sejak balik penang ni,boleh dikatakan hari-hari mak komen yang fyda nie semakin kurus and cengkung..aduhai..nak buat macam mana mak,sejak akhir2 ni memang anak mak tak berselera sangat nak makan..

Makan bila lapar je..tambah2 lagi bila nak dekat final exam ni..study sampai tengah malam..tapi tak sangka la pulak berat badan ni boleh turun mendadak..bayangkan la,dulu masa semester 1 berat  fyda 60kg..perghh..memang bulat la kan..pastu turun 56kg..then sekarang tinggal 50 kg je...kadang2 terfikir gak nak buat medical check-up..mana la nak tahu kan..kot2 ada something wrong dengan fyda ni..tapi harap2 semuanya ok la..huhu..

mak cakap kalau kurus cengkung macam ni nampak tak lawa..huhu..tak pelah..tak kisah pun..kita ni memang tak lawa pun..terima je lah..then kawan2 pun cakap,fyda kurus sangat..bila tengok kat cermin,erm..baru perasan yang badan ni nampak tulang je lebih..tak boleh jadi ni..nanti jadi bongkok lak..
So,misi fyda untuk naikkan semula berat badan ..bukan apa..dah tak larat nak dengar mak membebel cakap fyda ni kurus sangat..cuti sem dah nak start ujung bulan ni..insyaAllah,bila hari2 makan masakan mak yang tersayang,berat fyda akan naik..hehe..jalan lain?APPETON?oh tidakk...tak mau2,,,heheehe..
Doa2kan yer J

Sunday, April 15, 2012

Tanda-Tanda Allah Sayang Kita

♥ TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA ♥


Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.


Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.


Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.


Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.


Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.


Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.


Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.


Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.


Kasih Allah Kasih Sejati, ♥ ♥ ♥

Saturday, April 14, 2012

Tuhanku....saat aku menyukai seorang sahabat.......

Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir. 
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU. 
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.

Friday, April 13, 2012

kembali seperti biasa,tapi.....

salam..

hidup ni kembali seperti biasa..
kembali kosong dan tak bermakna.tapi buat apa nak bersedih..
mungkin dah ketentuan dari Allah untuk insan yang bernama Rafidah macam ni..

yang dilepaskan pergi,biarkan pergi..
biarkan dia rasa kebahagiaan yang sememangnya milik dirinya..

walaupun sejak akhir-akhir banyak sangat dugaan yang datang,tapi sebagai seorang hamba Allah yang kerdil,fyda anggap semua ni sebagai proses untuk mematangkan diri..proses untuk latih diri fyda yang terlalu cengeng ni supaya lebih kuat..

sekarang,fyda nak teruskan apa yang terhenti sebelum ni..
tentang perasaan?
takpe..fyda dah biasa hidup macam ni..
cuma perlukan masa untuk kuatkan hati ni supaya jadi macam dulu..
dan yang paling penting sokongan dari kawan2...

p/s: masih perlu walaupun dah berlalu..tak pernah salahkan sesiapa :)