PAGES

ADREENA SOFEA


Aku menyusun langkah longlai masuk ke dalam pejabat.Hanya senyuman tipis dapat aku berikan kepada teman sepejabatku.Sudah dua malam aku gagal untuk tidur.Mataku sudah persis  panda agaknya.
Berdenyut-denyut kepalaku.Inilah akibatnya jika aku tertekan.Migrain mengambil peluang untuk menyerang kepalaku ini.Mahu saja aku mengambil cuti.Tapi apabila aku memikirkan kerja-kerja yang bertimbun yang masih belum aku selesaikan,aku sekadar melupakan hasrat aku itu.

Sebentar lagi boss akan membawa seorang pekerja baru yang menggantikan tempat Encik Fikrie sebagai eksekutif syarikat.Sejak Encik Fikrie berpindah ke syarikat yang lain,aku lah insan yang paling gembira di dalam dunia ini.Mana tidaknya,sekarang,aku sudah tidak diganggu oleh Encik Fikrie yang sememangnya buaya darat itu.Perwatakannya yang lembut langsung tidak menggambarkan bahawa dia seorang buaya darat.
Ligat tanganku menaip di papan kekunci.Aku perlu selesaikan kerja-kerjaku hari ini juga.Migrain yang menyerangku sedari tadi,aku abaikan.Yang penting,semuanya selesai hari ini juga.
“Assalamualaikum,”.
Jariku yang ligat menaip terhenti seketika.Aku mendongakkan kepalaku untuk memastikan itu adalah suara boss.
“Waalaikumsalam boss,”.
Serentak pekerja-pekerja menjawab salam penuh hormat.Sesekali semua mata asyik memandang seorang jejaka di sisi boss.
“Baiklah.Sepertimana yang saya katakan kelmarin,saya sudah menemui pengganti Encik Fikrie untuk menjawat jawatan eksekutif  pemasaran syarikat kita ini.Kenalkan,Encik Qaisy Qayyum,”
Aku juga sempat mengerling  ke arah lelaki itu.Dari gayanya,boleh tahan juga orangnya.Tinggi lampai,kulit kuning langsat dan matanya yang agak sepet itu agak menarik minatku untuk terus menatapnya.Astagfirullahaladzim.Terlalu jauh aku berkhayal sehinggakan salam yang dihulurkannya aku tidak perasan.
“Er..maafkan saya.Selamat datang Encik Qaisy.Saya Adreena Sofea,”aku serba salah untuk menyambut salam yang di hulurkannya.Sememangnya aku masih berkira-kira untuk bersentuhan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim.Akhirnya aku sekadar mengangguk.Dia pula tidak menunjukkan apa-apa reaksi sebaliknya sekadar tersenyum seolah-olah dia memahami ku.
Sejak Encik Qaisy menggantikan tempat Encik Fikrie,ternyata suasana pejabat berubah sama sekali.Ada saja lawak jenakanya yang mengusik hati kami di pejabat.Encik Qaisy begitu ceria orangnya.Peramah,dan sangat lucu.Aku sendiri tak kering gusi dengan gelagatnya.Walaupun dia memegang jawatan penting di syarikat ini,dia langsung tak meninggi diri.Sikapnya cukup sederhana sehinggakan dia sangat disenangi semua.


“Cik Adreena Sofea..Kau ni kan aku tengok sejak putus dengan si mangkuk Harith tu,kau asyik termenung je.Kau dah lain la Fea.Dahla selalu pitam kat pejabat tu.Aku betul-betul risaukan kau Fea,”Saat aku sedang jauh termenung,Nia menghenyakkan tubuhnya ke sofa sebelahku.Terasa bagai nak gugur jantung.
“Aku ok la Nia.Kau ni ambil berat betul pasal aku kan.Untungla aku dapat sahabat macam kau ni,”aku membalas kata-kata Nia sambil menyimpulkan senyuman.Aku tahu,Nia sangat mengambil berat tentang diriku.Malah,dialah orang yang pertama aku kenal sejak aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur ini.
“Sudah-sudahla tu.Kau tak payah la nak bazirkan airmata kau untuk si mangkuk tu.Dia tengah berseronok dengan awek baru dia,kau kat sini seksa diri nak buat ape?,”omel Nia lagi.
Kali ini aku tergelak kecil apabila mendengar Nia menggelarkan Harith sebagai “mangkuk”.Marah benar dia dengan Harith.Nia memang cukup aku kenali dengan sifat beraninya.Harith yang kononnya gagah itu pun termakan juga penamparnya.Semua itu gara-gara Nia mendapat tahu Harith memutuskan hubungan kami .Kata-kata kesat yang dilontarkan oleh Harith memang menyakitkan hati aku.Tapi entah mengapa aku masih gagal melupakan lelaki itu.Hubungan yang kami bina selama tiga tahun berakhir begitu saja.

“Awak ni dari awal kita kenal sampaila sekarang, nak pegang tangan sikit pun tak boleh!Bukan luak pun.Kolot betul la awak ni.Terlalu kekampungan!Macam mana lah saya boleh bercinta dengan orang macam awak ni.Saya tengok pasangan lain bercinta bahagia je.Romantik!Jalan berpegangan tangan ke sana ke sini.Tapi kita?Nak keluar pun susah!Saya dah bosan dengan awak.Mungkin kita dah tak serasi,”bentak Harith.Aku terkedu.Sampai hati dia mengungkit hal ini.Cepat benar dia berubah hati sedangkan dia pernah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan aku.

Aku langsung tidak menyangka.Dia seolah-olah baru sehari dua mengenaliku.Aku agak terkilan dengan kata-kata lelaki yang teramatlah aku cintai itu.Anganku untuk membina mahligai bersamanya ternyata terkubur begitu saja.Akhirnya aku akur dan merelakan kepergian Harith.Biarlah segalanya berakhir di sini.Aku tak akan gadaikan prinsip kerna seorang lelaki yang masih belum menjadi suamiku yang sah.Lagipun cetek sungguh iman Harith.Kini mataku lebih terbuka luas.Aku tak perlukan lelaki seperti Harith.InsyaAllah,perlahan-lahan aku akan singkirkan dia dalam hatiku.Walaupun kadang-kadang aku rasa tak mampu untuk berbuat demikian.

“Nia,kau jangan risau pasal aku ok.Aku Cuma tak berapa sihat kebelakangan ni.Mungkin terlalu stress dengan kerja-kerja kat pejabat tu.Kau pun tahu kan,boss nak semua benda cepat siap.Aku janji dengan kau,lepas ni aku tak pitam dah.Aku janji aku akan sihat macam biasa ok kawan ku sayang?,”
Ujarku meyakinkan Nia sambil tanganku yang nakal mencubit pipi gebu montel Nia itu.Dia terjerit kecil.Deraian tawa kami berdua memecah kesunyian rumah.


Hari ini aku agak terlewat ke pejabat.Terkocoh-kocoh aku mempersiapkan diri.Nia juga kelewatan hari ini.Tak ubah seperti lipas kudung kami berdua berlari-lari anak masuk ke dalam kereta.Oleh kerana lewat,aku yang selama ini dikenali dengan pemandu yang berhemah,mengenepikan prinsip itu.Aku memandu agak laju.Nia sekadar membatukan diri walaupun aku lihat kecut mukanya menahan takut kerana aku memandu selaju ini.

Malang tidak berbau,kerana terlaju laju memandu,aku terlanggar sebuah kereta BMW 5 series yang sedang membelok untuk keluar dari simpang.
Aku menepuk dahi tanda kesal.Alhamdulillah kami berdua selamat.Cuma,aku masih belum berani menunjukkan diri kepada pemilik kereta mewah itu.Matilah aku.Nia memaksa aku untuk keluar dari kereta memandangkan lelaki itu sudah membunyikan hon keretanya dengan kuat memberi amaran supaya aku keluar dari keretaku.Remuk teruk kereta itu.
Ya Allah!
Encik Qaisy rupanya.Aku bagaikan ayam berak kapur apabila melihat ada darah yang mengalir di hidungnya.
Terketar-ketar aku mendekatinya.Nia sekadar mengikut aku dari belakang.Mukanya pucat semacam kerana terkejut.
“Awak rupanya Sofea???Kenapa laju sangat pandu kereta ni.Bahaya tahu tak?Awak tu perempuan.Nasib baikla awak dengan Dania tak pa-apa,”suaranya agak lantang,tapi masih mengekalkan sifat gentlemennya.
“Maafkan saya Encik Qa...Qa..isy..Saya betul-betul terlambat dan saya tak sangka semua ni akan jadi macam ni,”...

Melihat darah makin banyak mengalir dari hidungnya,aku semakin rasa bersalah.Cepat-cepat aku masuk ke kereta mengambil kain untuk menahan darah yang mengalir dari hidungnya.
“Maafkan saya.Memang salah saya.Saya cuai dan sebab kecuaian saya,Encik Qaisy jadi mangsa.,”ucapan maaf itu aku ucapkan penuh kesal sambil tanganku yang memegang kain mengelap darah di hidungnya itu,Tindakan spontan aku itu ternyata membuatkan lelaki di hadapanku ini terpaku seketika.Mata kami saling bertentangan.Akhirnya Nia memetik-memetik jarinya menyedarkan lamunan kami.

“Eloklah kita settle hal ni kat tepi.Dah mula sesak jalan kat sini Encik Qaisy,”.
Terpinga-pinga sebentar aku tatkala menoleh ke sekeliling ramai orang melihat kami sebentar tadi.Merah padam mukaku menahan malu.
Sejak peristiwa semalam,fikiranku jadi tak tentu.Aku asyik memikirkan Qaisy Qayyum.Entah mengapa lelaki itu begitu menyentuh naluriku sebagai seorang perempuan.Di saat dirinya yang menanggung akibat atas kecuaianku,dia masih merisaukan keadaan aku dan Nia .Padahal kami berdua tidak apa-apa.Malahan dia langsung tidak menyatakan hasratnya tentang ganti rugi keretanya yang remuk teruk itu kepadaku.
Dan saat aku bertentangan dengannya.Aku dapat rasakan sesuatu yang berbeza.jantungku berdegup kencang.Adakah aku sudah mula jatuh cinta?Argh..aku terlalu jauh berkhayal.Aku perlu sedar diri dan sedar ruang.Dia pantas dengan gadis lain yang se”level” dengannya.

Hujung minggu aku agak terganggu dengan panggilan telefon.Hasratku untuk bangun lewat sedikit hari ini punah.Mahu saja aku pekakkan telinga.Tapi entah mengapa tanganku cepat menggapai telefon bimbitku.
“Hello.Assalamualaikum.Sofea ke ni?,”
“Waalaikumsalam..Ye.Sofea.Sape ni?”jawabku acuh tak acuh.Aku menutup mulut yang menguap beberapa kali.
“Tak kenal ke orang yang awak langgar hari tu?Saya nak jumpa awak sekejap lagi boleh?”.
Mataku terbuka luas.Terkejut beruk aku.Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Er..Bo..bo..leh.Encik Qaisy nak jumpa saya kat mana?,”
“Gagap pulak awak ni.Hari tu ok je cakap.Macam ni lah ye.Saya jemput awak ya?1 jam lagi saya sampai.Bukan apa,saya takut awak langgar orang lain pulak,”nadanya seakan-akan memerli aku.Kurang asam jawa betul!Aku sekadar menuruti kemahuannya.
Tanpa aku sedari aku tersenyum sendirian.Pandai juga si sepet ni mengusik ya.Not bad!
Saat aku mula mengatur langkah ke bilik mandi,nada deringan mesej pula terdengar.

<1 MESSAGE RECEIVED>

HARITH- Salam.Sofea,maafkan saya atas segala kata-kata saya dulu.Saya masih sayangkan awak.Tolongla terima saya semula.Saya janji saya akan hormati prinsip awak,dan terima awak seadanya.Pls sayang!I miss u ..

Huh!Baru sekarang dia nak merayu.Sudahlah.Aku bukan bola yang senang-senang kau sepak ke sana-sini.Bentakku sendirian agak .Beberapa saat selepas itu dia menelefonku.Bertalu-talu panggilan dari Harith.Aku sekadar pekakkan telinga lalu terus ke kamar mandi.
Seperti yang dijanjikan,Encik Qaisy  sudah terpacak dihadapan rumah sewaku.Dia sedang bersandar di keretanya.Aku melemparkan senyuman ke arahnya.Cermin mata hitamnya di tanggalkan.Bergaya sungguh lelaki di hadapanku ini dengan pakaian kasualnya.

“Jemput masuk Cik Sofea.Saya nak berbincang pasal ...,”
“Erm..Saya tahu.Pasal kereta Encik Qaisy tu kan?”.
Dia sekadar tersenyum simpul.Aduh,lesung pipitnya sungguh comel!
Dalam perjalanan,aku tidak banyak bercakap.Fikiranku jauh melayang memikirkan jumlah kerugian yang bakal dituntut Encik Qaisy.Matilah aku.Dah la kereta mewah.Aku mula mencongak berapa jumlahnya nanti.
Jauh benar khayalan aku sehingga aku tidak sedar kami telah sampai di sebuah cafe.

“Encik Qaisy,sekali lagi saya nak minta maaf pasal kejadian tempoh hari.Saya tahu mesti mahal kos untuk membaiki kereta tu.Encik Qaisy beritahula saya berapa yang perlu saya bayar,”aku memulakan bicara.
Setelah pelayan cafe itu beredar,Encik Qaisy mengukirkan senyuman.Kemudian dia ketawa kecil.
“Kenapa muka awak macam tu?Saya tengok macam nak menangis je?Jangan la menangis.Isyh...Garang sangat ke muka saya ni?,”soalnya sambil kembali ketawa.Aku menunduk muka menahan malu.Alamak!Aku sendiri tak perasan muka aku macam orang nak menangis.
“Sebenarnya,saya segan nak beritahu awak..Tapi....,
“Its okay Encik Qaisy.Saya yang bersalah dalam hal ni.Berapa saja jumlahnya saya akan cuba bayar,”
Belum sempat dia menghabiskan baris ayatnya,aku memotong.
“Awak ni.Dari tadi asyik bercakap pasal kereta saya je?Saya jumpa awak ni bukan pasal tu la Cik Sofea,”.Aku membulatkan mata.Sambil mengerutkan dahi,aku bertanya tujuan sebenar dia mengajak aku keluar hari ini.

Aku lihat perlahan-lahan tangannya menyeluk poket seluarnya.Kemudian aku melihat kotak cincin merah hati diletakkan dia atas meja.
Jantungku berdegub kencang.Nafasku turun naik tatkala matanya tepat memandang ke dalam mataku.
“Saya Muhammad Qaisy Qayyum,dengan seikhlasnya melamar awak,Adreena Sofea sebagai suri hidup saya.Sudikah awak menjadi isteri saya?,”

Aku terkedu.Mataku masih tidak berkelip memandang sebentuk cincin yang kemas dipegangnya.
“Encik Qaisy,jangan la nak bergurau macam ni sekali.It’s not funny ok?”aku cuba menafikan apa yang diucapkannya sebentar tadi.Dia hanya bergurau barangkali.Lagipun,Encik Qaisy memang gemar bergurau.
“Saya ikhlas Sofea.Saya nak melamar awak jadi teman hidup saya.Dan tolonglah jangan ber encik-encik dengan saya.Just  call me Qaisy,please,”.
Benarkah semua ini.Aku cuba mencubit pahaku.Sakit!Ternyata semua ini realiti.

“Saya nak hubungan cinta yang direstui Allah SWT selepas kita diijabkabulkan nanti.Saya dah mula sukakan awak saat pertama kali kita bertemu.Saya dah lama tunggu saat indah ni.Saya harap awak dapat terima lamaran saya.Kalau awak belum bersedia,saya sanggup tunggu.Dan kalau awak tak dapat terima saya,saya faham,”.
Bersungguh ucapan lelaki di hadapan ku ini.
“Tapi kenapa awak pilih saya?Saya hanya gadis biasa.Awak boleh memperisterikan ramai gadis yang jauh lebih layak dari saya,”.
Rasa rendah diri menyelubungiku.
“Saya tak perlukan gadis lain.Awak adalah satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hati saya.Saya tak pernah rasakan perasan cinta macam ni.Saya memilih untuk berdiam diri dan memendam hasrat.Saya cuba siasat latar belakang awak kalau-kalau awak sudah berpunya.Ternyata awak bukan milik mana-mana lelaki.Dan saya tak nak buang masa lagi untuk kali ini,”.

Fikiran menerawang jauh.Dia asyik memerhatikan aku menunggu jawapan untuk lamarannya.
Entah mengapa tersentuh naluriku apabila dia menyatakan hasratnya untuk memiliki cinta yang diredhai Allah SWT.

Semestinya aku juga mahukan begitu.Aku sudah penat bermain dengan cinta yang sememangnya kurang sempurna.Aku hanya disakiti.
Aku mendongakkan kepalaku.Mataku tepat memandangnya.Matanya penuh harapan yang menggunung.Aku mengganguk perlahan sambil menyambut cincin yang dihulurnya sedari tadi.

Qaisy tersenyum riang.Dia menekup muka sambil mengucap syukur beberapa kali.
Mungkin dialah jodoh terbaikku.
“Aku terima nikahnya Adreena Sofea Bt Rahman dengan mas kahwin RM 80 tunai,”.
Menitis airmataku.Aku memeluk ibu erat.Dengan sekali lafaz,aku kini menjadi milik sah Qaisy Qayyum.Kini,cinta dan setiaku hanyalah untuk suamiku.Dia adalah hidup dan matiku kini.
Satu kucupan indah singgah di dahiku.Saat inilah aku nantikan walaupun aku  dulu pernah angankan lelaki yang di hadapanku kini adalah Harith.

Kini,aku telah buang jauh-jauh Harith dalam hidupku.Hanya Qaisy Qayyum bertakhta dalam hatiku kini dan selamanya.
Lamunanku terhenti.Terasa pinggangku dirangkul perlahan dari belakang.Saat aku menoleh,suamiku melemparkan senyuman lebar.Lesung pipitnya yang comel itu sekali lagi mencairkan hatiku.
“Abang cintakan Fea,terima kasih sebab sudi jadi suri hidup abang,”bisik suamiku sambil mengucup mesra dahiku.Aku begitu terharu.Bahagia yang aku kecapi kini adalah yang terindah dalam hidupku.Terima kasih Ya Allah!