PAGES

Wednesday, December 28, 2011

oh result~kau buat aq frust!


salam..

rata2 dalam fb,semua kawan2 fyda update pasal result..

adeh..rasa result fyda kali ni TEROK gile2..

dan seterusnya anugerah dekan dah terpadam dalam kamus hidup fyda buat semester 3 ni..

fyda dah jangka fyda takkan dapat dekan dah kali ni..fyda redha je..tapi,yang buat fyda rase frust sgt2 sebab result fyda down giler..

memangla semua lulus,takde yang kena repeat..tapi..
entah la..mata ni rase nak juling mase check result tadi..rase tak tentu arah..

mak,kali ni anak mak tak dapat result yang boleh mak buat mak bangga..im so sorry mak.. :'(

to all classmate fyda yang dapat result yang gempak,congrats guys!

ape lagi yang nak di sesalkan..result tu dah final pon..nak menangis,frust tertonggeng pon tak de makna dah..redha je lar..sapa suruh main2 masa belajar kan?huhu..

semoga apa yang dah jadi ni,akan jadi pengajaran terbesar dalam hidup fyda..jangan main2 lagi..huhu
semester 4..here i come..semangat baru..azam baru..insyaAllah,i'll try my best ...

okla u all..thanks 4 reading this~

p/s :padanmukahangcikpelangioi!tuladokmainmainlagimasabelajaq!

Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah~


salam..

hari ni 23.12.11..
fyda rasa lebih tenang..
Alhamdulillah,Allah Maha Penyayang...
Allah takkan biarkan hambaNya menangis dan bersedih..

Walaupun rasa sakit tu masih ada,tapi bukan airmata jawapannya.fyda takkan menangis lagi disebabkan seorang lelaki.Itu janji fyda yang terbesar yang pernah fyda lafaz dengan hati fyda sendiri..

fyda dah serahkan hati yang hancur ni pada Allah..
biarlah segalanya Allah yang tentukan lepas ni..
Allah je yang tahu perjalanan hidup seseorang..
segalanya Allah dah tetapkan..

dan fyda tak pernah salahkan takdir lepas apa yang dah jadi dengan diri fyda ni..
malah rasa syukur sangat2..sebab lepas apa yang dah jadi ni,rasa semakin dekat dengan Allah SWT..
sebelum ni,fyda lalai..Alhamdulillah,Allah tu masih sayangkan fyda dan buka mata hati fyda yang selama ni buta sebab cinta..

lepas ni,fyda akan jadi lebih kuat untuk hadapi apa pun dugaan dari Allah..
lagipun,Allah takkan beri ujian di luar kemampuan hambaNya..dan setiap ujian yang Allah turunkan pada hambaNya adalah untuk "cuci" dosa kita yang sebelum ni..
jadi apapun,semua InsyaAllah fyda mampu hadapi..

terima kasih pada kawan2 fyda yang sentiasa bagi sokongan,yang memahami diri fyda sejak akhir2 ni..

okaylah u all..
thanks jugak sebab sudi jenguk belog ni..

Wednesday, December 14, 2011

my awesome sunday!





salam...

11.12.11-ahad adalah tarikh yang bermakna buat fyda sebab fyda dapat jumpe kawan2 fyda..sebelum ni masing2 sembunyikan diri..tak tahu la ceruk mana diorang ni sembunyi and finally fyda berjaya kidnap diorang ni semua untuk hang out same2..

and da best part is,tempat yang menjadi destinasi wajib untuk kami bila berjumpa..tak lain dan tak bukan Gurney Plaza..ades..jemu tu memang la jemu..tapi memandangkan Gurney Plaza ni lah mall yang paling dekat and mall yang agak strategik jugak la untuk kitorang berjumpa..so,gurney pun gurney larh...


lepas tunggu sorang demi sorang datang,at last terkumpul lah kami 6orang..fatt,hus,mia,hany,nick and fyda..



lepas tengok wayang (OMBAK RINDU),nick kena balik dulu,tak sempat nak snap pic dengan dia..then kami yang tinggal ni pusing2 naik turun gurney plaza tu.singgah A&W jap pekena float.




sempat lagi posing mia ni..hehe
atas escalator pun sempat lagi bergambar..

senyum tak perlu kata apa2 :)


snap pic tak habes2..biasa la..semua tu penting..kenangan kot!hehe



terserlah ketotnya diri ini bila dengan Mia..huhu


dah penat pusing maka sorang2 pun mintak diri nak balik..
seriously macam tak sanggup je nak berpisah..bukan pe,untuk jumpe and berkumpul macam ni bukan senang..kena tunggu semua cuti sem..




cik pelangi tgk ape kat atas tu???ada cicak kiss kat atas tu la..haha

okay la..rasanya dah cukup kot pic yang fyda upload dalam ni..nanti upload banyak2 "hang" pulak belog buruk ni kan..hehe..
anyways,thanks pada semua yang sudi  menyinggah and tak lupe jugak pada yang suke mengskodeng belog fyda ni..

p/s : ahad ni plan nak kuar lagi..but kali ni hope lebih gempak and lebih ramai  kawan2 yang akan join..


Sunday, December 11, 2011

BERAT NYA DOSA SEORANG LELAKI...

SALAM..
 entri kali ni sekadar tujuan untuk berkongsi info yang berguna untuk para pembaca belog fyda ni..pasal kaum adam lagi..kalau sebelum ni entri fyda adalah artikel "bila lelaki betul2 serius dlm percintaan",tapi hari ni fyda nak kongsikan dengan u all 1 lagi artikel tentang betapa beratnya dosa seorang lelaki...
same2 la kita renungkan..


LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:


1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:


1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:


1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "....


terdetik dalam hati fyda,Allah jadikan lelaki dan perempuan untuk saling memerlukan.dan Allah dah tetapkan kelebihan seorang lelaki dan jugak kekurangannya..begitu juga wanita..fitrah ni dah jelas lagi nyata untuk kita fikirkan..betapa hebatnya kuasa Allah SWT yang mengaturkan perjalanan dan takdir hambaNYA tak kira lah lelaki atau perempuan..dan yang paling penting  xkire lelaki dan wanita dua2  mendapat kemuliaan dari Allah SWT dan seterusnya membuktikan yang Allah SWT itu Maha Adil dan Maha Bijaksana...

sama2 kita perbaiki diri ,semoga kita mendapat rahmat hidayah dari Allah SWT,insyaAllah...

sumber artikel : laman muka buku-wallahu'alam..

Saturday, December 10, 2011

BILA LELAKI BETUL-BETUL SERIUS DALAM PERCINTAAN

SALAM..
 morning semua..
agak pelik pulak bila fyda update belog pagi2 walaupun bukan di awal pagi..hehe

ok..entry fyda kali ni  agak berkait dengan cinta lagi..opss..sorry pada u all yang dah jemu..minah ni asyik citer pasal cintan cintun je akhir2 ni kan..hehe

bila lelaki betul2 serius dalam percintaan?wah2..tajuk bukan main lagi..mesti u all semua nak sangat tau ape jadi bile lelaki betul2 serius dalam cinta...ok,fyda tak intro panjang2,u all bace la artikel yang fyda jumpa kat muka buku ni..


BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN…. 

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. 

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja 

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. 

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. 

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. 

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. 

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek... 

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..

so macam mane?hope bila u all dah baca artikel ni, hope hubungan u all dengan pakwe masing2 makin baik..yela..perasaan untuk menghargai lelaki yang betul2 sayang kat kita dah timbul kan..hehe..

sekadar berkongsi..thanks pada yang sudi menyinggah..
adios..

Tuesday, December 6, 2011

akhirnya!yahoooooo!!!!


Salam..
Alhamdulillah..lepas berhempas pulas ulang alik dari Penang ke Alor Star,finally fyda dapat jugak lesen kereta and motor..

First of all,fyda nak ucapkan terima kaseh banyak2 pada pegawai JPJ yang tersangatlah baik hati meluluskan fyda untuk dapat lesen..even ada kesalahan masa kat jalan raya tadi..thanks pakcik!opppsss…silap..terima kaseh Tuan Misai Lebat..hehehehe…

Tahniah jugak pada member fyda,ekin yang lulus gak test tadi..happy betol dia tadi..
Secondly,of course lah terima kasih pada cikgu2 fyda yang dah penat2 ajar fyda..terutamanya Cikgu Syukri..err..Depan cikgu syukri ni lah airmata fyda mengalir sebab asyik kena marah jer ngan dia..biase la..fyda ni sensitive sikit..huhu..tapi berbaloi la sebab  lulus..hehe..

Lepas ni mesti terjangkit wabak “gila stereng”..hahaha…tak bole blah la..

Lepas selesai lesen ni akhirnya fyda dapat menikmati cuti sem yang bersaki baki lagi ni..lega nya rasa!huhu…

Oklah u all..takat sini dulu..

p/s : kepada si dia,lepas ni  dah leh la try bawak Viva comel tu ek..hehehe..

Monday, December 5, 2011

ombak rindu~


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

p/s : touching la plak malam nie..biar la hati ni je yang tahu.. :'(