PAGES

Friday, September 30, 2011

sendu si pelangi~

salam..

takde ape yang penting yang fyda nak kongsikan kat belog buruk ni..hanye luahan hati fyda sebagai seorang gadis yang tengah sedih..

dah 3 kali harapan fyda dihancurkan..
dan mungkin itu dah cukup untuk fyda buka mata yang fyda tak perlukan cinta lagi buat masa ni..fyda hanya perlukan cinta hakiki..cinta kepada Allah SWT..insyaALLAH..fyda akan cube ke arah tu..
dengan apa yang dah jadi,fyda tawu,Allah masih sayangkan fyda..Allah masih beri peluang kat fyda untuk cepat2 perbetulkan langkah yang tak betul sebelum ni..

Ya Allah,kerdilnya terasa disisiMU..

dan sekarang fyda dah tersedar..
fyda dah terlalu banyak hanyut dgn dunia yang penuh dengan kepura-puraan..
fyda cari cinta,kononnya cinta tu dapat bagi fyda semangat untuk terus belajar and berjaya..padahalnye,cinta tu lebih banyak buruk dari baiknya..

tak perlulah fyda ceritakan ape yang buruknya sebab mesti u all semua dah tahu kan ape buruk baiknya hubungan COUPLE  ni..

kalau orang cakap fyda cepat sayangkan seseorang,memang fyda mengaku..dan sebab tu la fyda selalu terluka..fyda cepat simpan harapan...fyda cepat nak terbang tinggi padahal fyda tahu,bila terbang terlalu tinggi,bila jatuh nanti memang sakit..

dan sekarang fyda rasa,fyda perlu tutup pintu hati ni..
biarlah takde sape yang boleh sakitkan hati fyda lagi..
susah pintu hati ni nak terbuka kalau dah tertutup..
dah tak tertanggung rasanya sakit sebab bermain dgn cinta yang tak diredhai ALLAH ni..
semoga apa saja tindakan fyda lepas ni,diiringi izin Allah SWT ..so that fyda tak tersilap langkah lagi dgn mencintai orang yg salah..

p/s:time2 camni sesuai benar nak dengar lagu matahariku-agnes monica..huhu :'(
adios..

Wednesday, September 21, 2011

-MAK-


salam..mase blogwalking tetibe fyda terbace entry ni yang buat hati fyda rase nak berkongsi dengan u all semua..hope citer kat bawah ni leh jadi pengajaran untuk kite semua..sedih sangat citer ni..same2 kite renungkan..

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


p/s : bila terbaca citer ni,tetibe rase rindu kat mak yang ade kat penang tu.sedihnye xdapat balik kampung...rindu nak kucup dahi mak..huhu..
with my lovely mum..

Saturday, September 17, 2011

ANUGERAH DEKAN~perjalanan dan perjuangan kita yang masih jauh...

salam..
untuk entry kali ni fyda terasa rajin nak citer pasal anugerah dekan kolej polytech mara alor star sesi jan-july 2011..
senyuman ala2 terpaksa..
first of all,fyda nak rakamkan sejuta tahniah buat para penerima anugerah dekan untuk kali ni..walaupun majlis dekan yang diadakan kali ni xsemeriah majlis dekan semester lepas,fyda tetap bersyukur sebab masih diberi peluang untuk bersama kawan2 yang lain untuk terima anugerah yang sangat2 bermakna bagi fyda nie...

majlis dekan kali ni berlangsung di The Regency Hotel Alor Setar Kedah..
majlis dekan kali ni sederhana je tak semeriah majlis yang diadakan tahun lepas..
tapi fyda tak kisah pun pasal semua tu..hehe

sebenarnya anugerah ni adalah pembakar semangat buat fyda untuk terus melangkah..cheewah..ayat ..
yela,mana tak nye..selama ni "mereka2 itu" pandang rendah je kat fyda ni sebab tak dapat masuk Universiti ..nak buat macam mana kan,bukan rezeki fyda nak masuk U..
at last tercampak kat KPTM Alor Setar ni..

Tapi sebab tercampak kat sini lah fyda dapat belajar macam2..erti persahabatan,keikhlasan,macam2 lagi la and yang paling penting hidup berdikari..and fyda rasa bersyukur sangat2 dapat belajar kat sini..



dari kiri putri,hanis,aien,azie,aini and unknown gurl..haha
 buat teman2ku yang selalu menolong fyda dalam  pelajaran,terima kasih sangat2!kalau takde diorang,tak tahu la..thanks sebab tak kedekut ilmu.sudi berkongsi ilmu dengan budak ni...hehe..ape2 pun perjalanan masih jauh..jauh sangat2..semua ni hanya permulaan untuk terus maju ke peringkat yang lebih tinggi lagi,insyaAllah..

semoga semester kali ni,fyda dapat lagi merasa anugerah ni..

okay la..rasanya sampai disini dulu..malas nak membebel lame2..hehe..adiosss..

suke sangat picture ni..baju pun same colour..hehe



my housemates~congrats guys!
p/s : anugerah ni buat mak fyda yang tercinta@pemenang anugerah pemberi semangat terbaik dunia...hehehe

Wednesday, September 7, 2011

OH HIDUP!

Salam...

Dalam hidup ni ape je yang kita buat,kita kenalah sedar diri kita sape,di mana layaknya tempat kita.
Tak semua perkara yang kita rasa betul tu,betul.Kerana ego,semua yang betul jadi salah,dan yang salah jadi betul.

Tentang harapan.Jangan terlalu mendambakan sesuatu yang tak mungkin dapat kita miliki sebab bila kita sedar kita gagal memilikinya,kita kecewa.

Kadang-kadang masalah yang bertimpa-timpa akan buat kita hilang pedoman.Hilang arah sehingga sanggup buat sesuatu yang di luar batas pemikiran.sedangkan kita sedar yang ada hikmah disebalik semua tu..Cuma kita je buat2 tak tahu and buat2 xfaham..sabar itu indah..so kite kenala sabar..berdoa supaya kita terus cekal untuk hadapi ujian dan dugaan hidup..

Takde sape2 pun dalam dunia ni perfect.ape yang penting,kita kenala sedar diri dan sedar ruang.sentiasa ingat sape diri kite,kat mana layaknya tempat kita..kalau orang lain boleh terima kekurangan diri kita,kenapa kita nak persoalkan kekurangan yang ada pada diri seseorang tu..bersyukur je dengan ape yang Allah kurniakan pada kita..

Cinta..apa yang dikejarkan sangat dengan cinta.sedangkan cinta yang hakiki terhadap Allah SWT perlu melebihi segalanya..tapi,kita still kejar cinta yang “tak halal”-cinta sebelum nikah..kejar cinta tu,kejar cinta ni..at last frust menonggeng..airmata macam air hujan mengalir sebab cinta yg tak kesampaian tu..
Kalau benar  sekalipun cinta sebelum nikah tu kita memang tak boleh lari mase zaman2 remaja macam ni,bersederhanalah dalam  sesuatu perhubunganan tu...tak dinafikan,remaja & cinta tak dapat dielakkkan(selalunya laa)..sebab ape?sebab fyda pun remaja jugak..faham camne gelojak hati remaja yg  ingin dicintai,disayangi dan di hargai oleh seseorang.

Cuma buat masa sekarang ni,fyda kosongkan hati dan lebih selesa bersahabat tanpa sebarang hubungan istimewa..(i’m not perfect!sorry)..saya pun pernah “couple” dulu..hehe..

Same2 la kita perbaiki diri and saling mengingati antara 1 sama lain..ketepikan ego jika untuk kebaikan..ego tu memusnahkan..percaya la..entri ni tak ditujukan pade sesiapa..just utk renungan semua n diri fyda jugak..thanks 4 reading dis k guys!
Adiosss J